Selamat Datang Ke BLOG SMK Gunsanad II, Keningau. Hubungi kami di no tel:087336879.Fax:087339249. GURU PENJANA MODAL INSAN GEMILANG

BERILMU DAN BERADAB

VISI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUNSANAD II, AKAN MENJADI SEKOLAH CEMERLANG PADA TAHUN 2015.


1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI

1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN MUBARAK

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN MUBARAK

ISU

Powered by Stuff-a-Blog

Isnin, 21 April 2008


21 APRIL 2008- Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta Choral G2 yang telah memenangi tempat ketiga di dalam pertandingan Choral Speaking Competition peringkat Daerah di SMK Bingkor Keningau. Ini merupakan kali pertama SMK G2 menghantar wakil untuk pertandingan sedemikian. Pencapaian amatlah dihargai. :0).

WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS


21 APRIL,2008- Hari ini, pengawas-pengawas telah dilantik secara sahnya apabila mereka menerima Watikah Perlantikan Pengawas daripada Unit Disiplin SMK G2. Majlis Penyampaian Watikah dimulakan dengan penyampaian watikah perlantikan kepada para pengawas oleh Pengetua SMK G2, En. Johari Sabin dan diakhiri dengan lafaz ikhrar pengawas yang diketuai oleh adik Geoffrey Braga. Kepada semua pengawas yang telah dilantik, sumbangan serta komitment anda amat diperlu demi memajukan lagi disiplin sekolah SMK G2. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua guru yang terlibat di dalam Unit Disiplin. Tahniah dan syabas!


*Perhatian kepada semua warga G2, sila letakkan kad-kad Merit dan Demerit anda di dalam kotak-kotak disediakan di luar bilik Unit Disiplin. Sekian Harap Maklum

Rabu, 16 April 2008

Isnin, 7 April 2008

MAJLIS PENUTUPAN MAULIDUR RASUL




07 APRIL 2008- Majlis Penutupan Maulidur Rasul dijalankan dengan meriah sekali ada hari ini. Warga SMK G2 terutamanya Persatuan Gerko Akedemik telah bersama-sama melibatkan diri dengan membuat 'banner-banner' yang kreatif dan menarik. Tahniah kepada semua peserta yang telah menang di dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan. Kumpulan Nasyid G2 juga telah mempersembahkan sebuah lagu. Acara ditutup dengan rasminya oleh En. Johari Sabin, Pengetua SMK G2. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan program ini. Tahniah kepada Panitia Agama Islam terutamanya Ustz. Mohd. Khamal Md. Daud atas kejayaan program ini.

Jumaat, 4 April 2008

ENGLISH YEAR 2008




31 Mac 2008 - Hooray! Majlis Pembukaan English Year 2008 telah dijalankan semasa perhimpunan. English Year telah dimulakan pada tahun 2006 hasil cetusan ide En. Peter Paun(Penolong Kanan Ko-Kurikulum). Tahun ini, English Year kembali dengan musim ke-3 atau Season 3. Pelbagai program telah dirancang untuk menggalakkan para guru serta murid untuk menggunakan Bahasa Inggeris terutamanya di dalam pertuturan seharian. Apa yang mengkagumkan, Pengetua G2 En. Johari Sabin telah memberi contoh yang amat berkesan kepada para pelajar dan guru dengan memberi ucapannya serta perasmian pembukaan English Year 2008 dalam Bahasa Inggeris. Kumpulan 'Choral Speaking' G2 telah mempersembahkan Choral Speaking mereka yang bertajuk, " A Night Of Fright". Amat merarik! Marilah kita beramai-ramai melibatkan diri di dalam program-program yang disediakan. Jom lah, jangan malu-malu. 'LET US 'DARE TO TRY'!'