Selamat Datang Ke BLOG SMK Gunsanad II, Keningau. Hubungi kami di no tel:087336879.Fax:087339249. GURU PENJANA MODAL INSAN GEMILANG

BERILMU DAN BERADAB

VISI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUNSANAD II, AKAN MENJADI SEKOLAH CEMERLANG PADA TAHUN 2015.


1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI

1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN MUBARAK

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN MUBARAK

ISU

Powered by Stuff-a-Blog

Khamis, 15 Mei 2008

INIKAH CONTOH YANG TERBAIK?


















Baru-baru ni Mamarazi sempat mengambil gambar sekumpulan remaja yang asyik bermain snooker di salah sebuah kedai di kawasan Keningau. Cuba lihat aksi-aksi mereka....ADAKAH INI CONTOH YANG TERBAIK?

INIKAH CONTOH TERBAIK?
































Baru-baru ni Paparazi G2 sempat mengambil gambar sekumpulan remaja yang asyik bermain snooker di kedai

Perlantikan Koperal Kadet Koreksional SMK Gunsanad 2


Tarikh : 9 Mei 2008
Masa : 3.00 ptg
Tempat : Dataran G2
Guru Penasihat : Nukili Nurasek
Nur Diana Abu Jalil
Guru Kawad : Jasni Ag. Damit
Alben

Seramai 11 orang pelajar dari Kadet Koreksional telah dicalonkan bagi menjawat jawatan Koperal bagi Pasukan Kadet Koreksional SMK Gunsanad 2. Proses perlantikan telah dijalankan oleh Pengarah Sekolah Henry Gurney, Keningau iaitu PPP Tey Hock Soon dengan dibantu oleh beberapa orang pegawai Penjara dari sekolah Henry Gurney. Pemilihan adalah berdasarkan kepada disiplin ketika berkawad dan lulus beberapa ujian kawad yang ditetapkan oleh pihak penjara.
Pelajar yang terpilih sebagai Koperal bagi Platun Lelaki ialah Mohd. Razmi, Mohd Muslihin, Zukrizul dan Mohd Iswann. Bagi Platun Perempuan pula, pelajar yang terpilih adalah Meryl Sehginna, Fenolisa, Jane Justin dan Shirlyria.

Isnin, 12 Mei 2008

BIRTHDAY BOY AND GIRL?



8 Mei 2008- Selamat hari jadi! Satu kejutan diberikan kepada 'birthday boy dan birthday girl' sekolah kita iaitu Ustz. Mohd Khamal Md. Daud dan Pn. Norhaidah Darih. HAPPY BIRTHDAY TO YOU....telah dinyanyikan bersama-sama dengan guru-guru lain semasa hari yang 'bersejarah ini'. "Wishing you good health, joy and peace."

PERTANDINGAN CHOIR PERINGKAT GABUNGAN


03 MEI 2008- Pada hari ini, kumpulan choir G2 berpeluang menyertai pertandingan choir antara sekolah sekolah menengah peringkat Gabungan. Kumpulan ini disertai oleh 35 orang pelajar choir yang telah dipimpin oleh En. Yamatus. Ini merupakan kali pertama sekolah kita menghantar pasukan koir. Kumpulan ini terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2. Diucapkan terima kasih kepada En. Yamatus yang telah melatih mereka untuk pertandingan ini serta dedikasi pasukan ini. "Keep Up Your Good Work"

Selasa, 6 Mei 2008

Perlawanan Persahabatan









Petang tadi jam 4.30 petang telah berlangsung satu perlawanan bolasepak persahabatan antara Kelab Staff SMKG2 dengan Kelab Staff SM KenHwa. Perlawanan tersebut telah dimenangi oleh Kelab Staff G2 dengan 3-1, tahniah diucapkan. Cikgu Victor telah menyumbangkan 1 gol sementara cikgu Cassius menambahkan satu gol lagi pada masa pertama perlawanan dan pada masa perlawanan ke 2 , cikgu Victor telah menghadiahkan G2 satu gol lagi.












Tuan Pengetua G2 juga turut bermain bersama dan ini sangat membanggakan semua warga G2. Apa yang penting bukan kemenangan tetapi semangat persahabatan dan juga kesukanan, semoga dengan perlawanan ini akan lebih dapat mengeratkan silaturahim antara SMKG2 dengan SMKH.
















MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA...

Pameran Buku


06 Mei 2008- Pameran penjualan buku diadakan hari ini. Pelbagai buku rujukan dipamerkan termasuklah buku-buku PMR dan SPM. Pelajar-pelajar G2 amatlah bertuah...buku-buku datang pada mereka. Beli-beli jangan tak beli!

CERAMAH MOTIVASI PMR


06 Mei,2008- Ceramah Motivasi untuk pelajar pelajar tingkatan 3 yang bakal menduduki peperiksaan PMR pada tahun ini. Ceramah ini adalah anjuran unit kaunseling. Diharapkan selepas ceramah ini, pelajar pelajar tingkatan 3 akan terus berusaha meningkat prestasi akedemik masing masing. Selamat Maju Jaya.

Isnin, 5 Mei 2008

G2 juara Pertandingan Puisi dan Lagu


G2 mencipta sejarah lagi setelah mendapat tempat dalam pertandingan 'Choral Speaking', kini G2 JUARA dalam pertandingan Puisi dan lagu Peringkat Gabungan Keningau. Sesuatu yang tidak dijangka namun ia menjadi kenyataan. Walau apa pun setinggi-tinggi perhargaan kepada guru-guru yang terlibat dalam melatih dan memberi dorongan kepada para peserta. Perhargaan kepada Cikgu Yamatus (guru muzik & pencipta lagu), Cikgu Noraini Kassim (Jurulatih) dan Cikgu Rosmaliza ( Pencipta Lirik/puisi), semoga ini akan terus menjadi pendorong pada warga G2 untuk terus maju..tahniah!

Jumaat, 2 Mei 2008

APA YANG BARU LAGI?



02 Mei,2008- Kerja-kerja baik pulih? Hah, bukanlah. Sekolah kita mendapat tanda nama yang baru dekat blog pentadbiran. Kerja-kerja menampal huruf huruf bermula hari ini kira kira pukul 3.00 petang. Jadi warga G2, bersedialah melihat 'nama G2 yang unggul" pada hari Isnin.

Khamis, 1 Mei 2008

APA YANG BARU DI G2?



30 April 2008- Warga G2, sedarkah anda bahawa sekolah kita ada dua papan tanda baru? Wah, 'impressive" sekali. Sekolah kita semakin canggih. Marilah kita sama-sama menjaga kebersihan sekolah kita agar ia menjadi tempat yang selesa bagi semua yang datang. WE LOVE G2!

PERTANDINGAN KAWAD KAKI G2



30 April, 2008- Pertandingan kawad kaki G2 telah dijalankan pada hari ini telah dianjurkan oleh unit Ko-Kurikulum SMK G2 di mana En. Nukili Nurasek merupakan penyelaras program tersebut. Seramai 10 persatuan menyertai pertandingan ini. Tempat pertama jatuh kepada Persatuan Bomba. Tahniah diucapkan! Ucapan terima kasih kepada semua guru yang telah menjayakan program ini terutama En. Nukili serta sokongan kakitangan bukan mengajar. Congrats!

Science Exhibition 2008



28 April 2008- Science Exhibition commenced this day. Interesting display of models, replicas, graphs, charts etc all for the students to learn and have hands on experience. Congratulations to all the Science Teachers for their time and sacrifices. Students enjoyed themselves. Trully, its an eye opener not only for the students but also for the non science teaching teachers! Amazing displays. So, for you teachers and students, grab the opportunity! Tomorrow 2 May is the last day.

SMART LEADER CAMP (25-27 APRIL,2008)




27 April,2008- Aktiviti yang 'grand' sekali dinanti-nantikan oleh pelajar-pelajar Asrama G@, Smart Learder Camp di Banjaran Crocker. Tujuan utama perkhemahan ini adalah untuk melatih serta mencungkil bakat-bakat kepimpinan Pengawas-pengawas Asrama. Pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan sempena 'camp' ini. Di antaranya ialah Sesi Motivasi, ujian tahan lasak, permainan dan sebagai.
Semua warga G2 mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam menjalankan aktiviti, walaupun penat juga....tetapi sangat berbaloi, dengan keindahan alam sekeliling yang cantik sekali. Ucapan tahniah kepada semua warden asrama yang menjayakan perkhemahan ini terutamanya kepada Ustaz Mohd. Khamal Md. Daud (penyelaras program), En. Yamatus (Ketua Komanden Perkhemahan), Pn. Veronaica William (Pembantu Komanden), Cik Rusmini(Setiausaha), Cik Sumiyati serta guru-guru SMK G2. Juga diucapkan terima kasih kepada Tn. Pengetua, En. Johari Sabin, Pn. Susan Ho, Pn. Rodzita Yahaya serta Pengerusi PIBG Sgt. Mohd. Din atas sokongan mereka dan kehadiran mereka di perkhemahan ini.