Selamat Datang Ke BLOG SMK Gunsanad II, Keningau. Hubungi kami di no tel:087336879.Fax:087339249. GURU PENJANA MODAL INSAN GEMILANG

BERILMU DAN BERADAB

VISI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUNSANAD II, AKAN MENJADI SEKOLAH CEMERLANG PADA TAHUN 2015.


1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI

1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN MUBARAK

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN MUBARAK

ISU

Powered by Stuff-a-Blog

Ahad, 22 Jun 2008

Jasa mu tetap dikenang
























Dua warga G2 akan berpindah ke sekolah baru, Cikgu Peter dan Cikgu Salmiah. Apa pun dan dimana pun, mereka tetap dikenang sebagai warga G2 selamanya. Jauh di mata namun di hati tetap dekat, semua warga G2 mengharapkan agar semua guru yang telah berpindah akan sentiasa mengingati kita di sini. Selamat maju jaya di tempat dan suasana yang baru, semoga dimurahkan rezeki kita berjumpa sekali lagi...

Sabtu, 14 Jun 2008

HARI BAPA DAN MAJLIS PERPISAHAN 2008



12 Jun 2008- Wah, yang dinanti-nantikan...Hari Bapa G2 2008 telah diraikan bersama-sama dengan guru-guru G2 pada hari ini. Diucapkan tahniah kepada semua warga guru yang bergelaran bapa terutamanya kepada Cikgu Nukili, Cikgu Haliman dan Cikgu Victor kerana telah menyambut cahaya mata baru.

Pada hari yang sama juga, G2 telah meraikan Majlis Perpisahan En. Peter Paun iaitu PK Kokum kita serta Cik Salmiah yang akan berpindah sekolah. Terima kasih atas segala sumbanagan yang telah diberi kepada G2. Jasamu dikenang.

PERTANDINGAN PUISI DAN SAJAK PERINGKAT NEGERI


09 Jun 2008- G2 telah menyertai pertandingan puisi dan sajak peringkat negeri pada 25 Mei 2008 di Kota Kinabalu. Peserta-peserta G2 telah dipilih untuk mewakili Bahagian Keningau di dalam pertandingan tersebut. Setelah keputusan muktamad pihak hakim pertandingan, sekolah kita telah mendapat tempat ke-2. TAHNIAH kepada wakil-wakil G2 serta guru-guru Bahasa Melayu yang telah mengorbankan masa serta tenaga untuk pertandingan ini.

Sabtu, 7 Jun 2008

MOTHER'S DAY CELEBRATION!



MAY 2008- Terima kasih kepada semua guru G2 yang bergelaran ibu kerana telah menyediakan makanan yang enak sekali sempena sambutan Hari Ibu 2008 di G2. Di sinilah kami sempat menikmati masakan rumah yang enak sekali. Hari 'bapa' akan menjelang pada minggu ke-dua bulan June. Agaknya...bagaimanakah para guru G2 yang bergelaran 'bapa' akan merayakan hari tersebut?? Kita tunggu dan lihat.

DEMAM EXAM PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN



28 MAY 2008- Peperiksaan Pertengahan Tahun baru sahaja tamat. Hmm...berbagai aksi yang hebat-hebat masa exam. Ada pelajar yang terpaksa menjawab soalan di luar kelas (kesiannya), yang memberi konsentrasi penuh, ada yang sempat tidur...dan meniru pula tu. Walaubagaimanapun, pihak kami ingin mengucap selamat bercuti. Jangan lupa balik sekolah pada 9 June 2008 ya. HAVE A GOOD BREAK!