Selamat Datang Ke BLOG SMK Gunsanad II, Keningau. Hubungi kami di no tel:087336879.Fax:087339249. GURU PENJANA MODAL INSAN GEMILANG

BERILMU DAN BERADAB

VISI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUNSANAD II, AKAN MENJADI SEKOLAH CEMERLANG PADA TAHUN 2015.


1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI

1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN MUBARAK

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN MUBARAK

ISU

Powered by Stuff-a-Blog

Khamis, 25 September 2008

MAJLIS PENUTUPAN IHYA' RAMADAN





25.09.2008- Majlis Penutupan Bulan Ih'ya Ramadan telah diadakan pada hari ini sempena bulan puasa. Panitia Agama Islam telah menyediakan banyak program yang untuk pelajar-pelajar G2 sempena Bulan Ramadan. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang quiz, bacaan Al-Quran, 'Spell It Right' dan sebagainya. Highlight Program Bulan Ramadan ini diakhiri dengan upacara Sungkai Perdana iaitu Majlis Berbuka Puasa beramai-ramai. Turut menghadiri majlis ini ialah Pengetua G2, En. Johari @ Jaibet Sabin, Penolong Kanan Ko-Kurikulum, En. Erce Dius dan beberapa para ibubapa pelajar. Wah, meriah sekali. Warga G2 ingin mengucapkan terima kasih kepada Panitia Agama Islam terutamanya Ustz. Mohd. Khamal Md. Daud (Ketua Panitia Agama Islam), Ustazah. Siti Zaharah, Ustazah Kamliah serta guru-guru G2 yang turut membantu menjayakan program ini. TAHNIAH!

AKHIRNYA DITANGKAP JUGA




25.08.2008- Jurukamera sememangnya tugas mereka ialah menangkap gambar. Ada gambar yang ditangkap, ada pula dirakam. Biasanya, gambar-gambar 'candid' paling diminati. Tapi kali ini, gambar mereka pula 'ditangkap'. Pelajar-pelajar dan para guru G2 amat 'spoting' sekali bila berhadapan dengan camera. Pihak admin ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Warga G2 yang spoting memberi peluang wajah-wajah mereka dimasukkan ke dalam album G2 dan blog ini. Thank you!

PECUTAN PMR




24.09.2008 - Unit Kaunseling G2 telah mengadakan program pecutan PMR khasnya untuk pelajar-pelajar tingkatan 3. Pelajar-pelajar didedahkan dengan tips persediaan akhir sebelum PMR. Agaknya, apalah perasaan mereka ya? Beberapa penceramah jemputan telah dijemput untuk memberi ceramah motivasi kepada mereka. Malah semua guru Tingkatan 3 serta guru kelas Tingkatan 3 juga mengambil kesempatan ini untuk memberi kata-kata nasihat akhir sebelum pelajar bertempur di 'Medan Peperangan PMR'. Pihak admin mengucapkan terima kasih kepada Unit Kaunseling G2 terutamanya kepada En. Juasin dan juga Puan Rosminam. Selamat Berjaya kepada semua pelajar Ting. 3!

Isnin, 22 September 2008

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN


19 September 2008 (Jumaat), majlis penutupan bulan kemerdekaan telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal murid, Puan Rodzita Yahaya dengan jayanya. Antara lain aktiviti yang dijalankan pada masa tersebut ialah persembahan-persembahan menarik dari semua para pemenang pertandingan-pertandingan yang telah dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan yang lalu. ' 16 September merupakan hari yang harus diingati oleh kita semua di mana ia merupakan tarikh pembentukan Malaysia', inilah antara lain ucapan Puan Rodzita pada masa merasmikan penutupan majlis tersebut. Pada hari tersebut Cikgu Johanes telah menyampaikan pidato kemerdekaannya yang bertajuk 'Perpaduan Teras Kejayaan' dengan penuh bersemangat dan sangat membanggakan para warga G2. Tahniah diucapakn kepada semua yang telah menjayakan program-program bulan kemerdekaan yang bermula pada 1 Ogos yang lalu, dimana Penyelaras program tersebut adalah Encik Eric Dius, Penolong Kanan Ko-kurikulum. Majlis diakhiri dengan laungan kemerdekaan sebanyak 3X oleh Encik Eric Dius.

Khamis, 18 September 2008

RUANGAN MAKLUMAT




Satu ruangan baru untuk semua warga G2, dimana warga G2 boleh memperolehi lebih banyak maklumat melalui surat kahbar dan majalah yang disediakan di ruang legar berhampiran dengan Dataran G2. Bagi yang tidak berkesempatan untuk membeli surat kahbar silalah bertandang ke ruangan tersebut. Paparazi2 G2 sempat merakam beberapa orang guru yang begitu khusyuk membaca...rupanya ruangan tersebut mendapat sambutan yang hangat di kalangan guru-guru, syabas dan tahniah! Mr.Erce

Notebook buatan Malaysia



Info kali ini Paparazi2 G2 ingin berkongsi info terbaru tentang notebook atau laptop buatan Malaysia yang akan datang di pasaran pada tahun depan..lihatlah gambar yang sempat dirakam khas untuk pengetahuan bersama...wow! kami bangga dengan Malaysia, Malaysia Boleh!

Selasa, 9 September 2008

Isnin, 1 September 2008

Pertandingan Kawad Sempena Kemerdekaan Ke 51


Tarikh : 26 Ogos 2008
Tempat : Padang Bandaran Keningau
Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
Pegawai Kanan Kadet : Inspektor Nukili Nurasek dan Inspektor Nur Diana Abu Jalil

Pada 26 Ogos 2008, Pasukan Kadet Koreksional SMK Gunsanad 2, Keningau telah menyertai pertandingan kawad sempena kemerdekaan yang telah diadakan di Padang Bandaran Keningau. Seramai 32 orang ahli telah mengambil bahagian. Pasukan Kadet Koreksional ini diketuai oleh Sarjan Feonalisa David dan pembawa bendera adalah Koperal Mohd. Iswann Mapiasse, Koperal Mohd Razmee Raam dan Kadet Mardani Yahya. Pembawa sepanduk pula ialah Koperal Meryl Sehginna Tingadon.
Terdapat 4 pasukan beruniform yang mengambil bahagian iaitu Kor Kadet Polis Gabungan Keningau, Pengakap Gabungan Keningau dan Persatuan Bulan Sabit Merah Gabungan Keningau. Secara keseluruhannya terdapat 33 kontinjen yang telah mengambil bahagian. Ini merupakan kali pertama Kadet Koreksional SMK Gunsanad 2 menyertai pertandingan kawad seumpama ini. Turut hadir menyertai pertandingan dan memberi sokongan moral adalah Pegawai Penjara dari Sekolah Henry Gurney, Keningau.
Pasukan Kadet Koreksional telah berjaya menjadi Johan untuk Kategori E iaitu Kategori Pasukan Beruniform dan sekaligus meraih Johan keseluruhan pada pertandingan tersebut. Tempat kedua dimenangi oleh Pasukan Kor Kadet Polis dan tempat ketiga disandang oleh Pasukan Pengakap. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para Kadet Koreksional kerana berjaya mengharumkan lagi nama G2. Jutaan terima kasih diucapkan kepada jurulatih kawad iaitu Pegawai Penjara Jasni dan Alben di atas kerjasama yang diberikan dan tidak lupa juga kepada pihak-pihak lain yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung. Semoga kecemerlangan ini akan diteruskan pada masa akan datang. Tahniah!!