Selamat Datang Ke BLOG SMK Gunsanad II, Keningau. Hubungi kami di no tel:087336879.Fax:087339249. GURU PENJANA MODAL INSAN GEMILANG

BERILMU DAN BERADAB

VISI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUNSANAD II, AKAN MENJADI SEKOLAH CEMERLANG PADA TAHUN 2015.


1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI

1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN MUBARAK

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN MUBARAK

ISU

Powered by Stuff-a-Blog

Selasa, 19 Januari 2010

'CROSS COUNTRY' G2 2010




16 Januari 2010 (Sabtu) yang lalu acara 'cross country' atau merentas desa bagi SMK Gunsanad 2 telah berlangsung dengan jayanya. Walaupun cuaca pada masa itu hujan, para warga G2 begitu bersemangat untuk menjayakannya. Para pelajar nampaknya begitu ceria dan bersemangat kesukanan sepanjang acara tersebut berlangsung. Syabas dan tahniah kepada semua warga G2 yang menjayakan acara 'cross country'.


Dalam acara tersebut Johan keseluruhan dimenangi oleh Rumah sukan Leopard yang mengumpul mata sebanyak 160, diikuti oleh Rumah sukan Jaguar dengan mata terkumpul 155, tempat ketiga pula ialah Rumah Sukan Panther dengan mata 147 dan ke empat Rumah Sukan Cheetah dengan mata 142. Syabas kepada yang berjaya!

Sabtu, 16 Januari 2010

SELAMAT DATANG PELAJAR-PELAJAR KRK SESI 2010


Pendaftaran KRK sesi 2010

Cg.Johnny dan Pn.Atijah sedang menunggu pelajar-pelajar KRK

Pada 15 Januari 2010 merupakan hari menerima pelajar baru Kelas Rancangan Khas (KRK) sesi 2010. Menurut sumber sesi kali ini seramai 30 orang telah berjaya ditawarkan untuk memasuki KRK. Mereka adalah pelajar-pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR, tahniah diucapkan dan selamat datang ke G2.
Cg.Johnny guru tingkatan 1 KRK sedang mendaftarkan pelajar baru KRK

Jumaat, 15 Januari 2010

BERITA BERGAMBAR PENDAFTARAN UNTUK SESI 2010

Suasana semasa pendaftaran...

Unit SPBT G2 juga lebih awal mengagih-agihkan buku-buku teks, syabas!

Pendaftaran untuk tingkatan 2,3 dan 5 sesi 2010 telah berjalan dengan lancarnya. Para pelajar nampaknya sudah bersedia dan tidak sabar-sabar untuk memulakan sesi pembelajaran di kelas dan situasi yang baru. Buku-buku teks juga diberi untuk pelajar membuat persiapan awal. Kepada pelajar PMR dan SPM 2010, selamat berjuang dan buatlah persediaan lebih awal untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Wah! cerianya mereka...