Selamat Datang Ke BLOG SMK Gunsanad II, Keningau. Hubungi kami di no tel:087336879.Fax:087339249. GURU PENJANA MODAL INSAN GEMILANG

BERILMU DAN BERADAB

VISI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUNSANAD II, AKAN MENJADI SEKOLAH CEMERLANG PADA TAHUN 2015.


1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI

1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN MUBARAK

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN MUBARAK

ISU

Powered by Stuff-a-Blog

Selasa, 10 Ogos 2010

MOTIVASI KECEMERLANGAN PELAJAR


Kualiti-Kualiti & Jati Diri Pelajar Cemerlang Motivasi Belajar : Artikel Motivasi Pelajar Cemerlang
(A. B. C. D. E. F. G. H. I.)
Oleh Taidin SuhaiminMotivasi, Artikel Motivasi Kejayaan Diri, Artikel Motivasi Kejayaan Pelajar, Artikel Motivasi Pelajar, Ciri Ciri Pelajar Cemerlang, Kata Kata Motivasi Pelajar, Kata Kata Motivasi Untuk Pelajar, Motivasi Belajar, Motivasi Diri, Motivasi Kecemerlangan Diri, Motivasi Kejayaan, Motivasi Kejayaan Diri, Motivasi Kejayaan Pelajar, Motivasi Pelajar, Pakar Motivasi, Petua Motivasi Pelajar, Tip Motivasi Diri, Tips dan Petua Motivasi, Tips dan Petua Motivasi Diri, Tips Motivasi Belajar
Petikan Kata-Kata Motivasi Belajar:
"Kemahiran belajar disertai dengan motivasi belajar yang tinggi telah terbukti boleh meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan." - (Gall & Rakan-Rakan, Tools for Learning).
Ciri-Ciri Orang yang Positif, Ciri-Ciri Positif Pemimpin, Ciri -Ciri Pemimpin Cemerlang, Ciri-Ciri Orang Cemerlang, Jati Diri Cemerlang Orang  yang Berjaya, Sifat-Sifat Positif Orang yang Berjaya, Sifat-Sifat Positif Orang yang Cemerlang, Sifat-Sifat Positif Pekerja Cemerlang, Sikap-Sikap Cemerlang Orang Positif, Sikap-Sikap Orang Positif, Taidin Suhaimin, Perunding Motivasi
Pengenalan
Artikel ini memaparkan 9 sifat, ciri-ciri serta jati diri (keperibadian atau identiti diri) pelajar cemerlang yang diadun berdasarkan Abjad ABCDEFGHI, agar lebih mudah pelajar terapkan dalam diri dan sanubari.
Pelajar Cemerlang
Pelajar yang cemerlang bukan sahaja handal dalam akademik tetapi juga hebat akhlak serta kelakuannya. Mencapai keputusan cemerlang dalam akademik tanpa jati diri atau keperibadian cemerlang, belum cukup untuk membolehkan seseorang pelajar itu dianggap sebagai cemerlang. Kedua-dua kualiti utama tersebut mesti ada pada pelajar cemerlang.

Kualiti-kualiti pelajar cemerlang yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

Amanah
Pelajar yang cemerlang boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Ia sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri atau tidak mengambil hak orang lain. Ia sedar bahawa segala perbuatannya adalah diperhatikan oleh Allah S.W.T..

Bijak
Pelajar yang cemerlang bijak mengurus diri, menggunakan masa, serta sumber-sumber di sekelilingnya. Ia menggunakan masa hidupnya dengan sebaik-baiknya; melakukan hanya yang baik dan menjauhi perkara-perkara yang ditegah. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Ia cenderung melakukan serta mempelajari perkara-perkara yang mendatangkan faedah.

Cergas
Pelajar yang cemerlang sentiasa menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosi diri. Ianya juga menjaga pemakanan serta membuat latihan jasmani. Kebijaksanaannya dalam mengurus diri serta kecenderungan melakukan hanya aktiviti-aktiviti yang berfaedah membuatkan dirinya lebih berdisiplin, sihat, dan cergas. Ini juga menyebabkannya lebih tangkas dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang diceburinya.

Dedikasi
Pelajar yang cemerlang amat rajin, bersemangat tinggi serta komited dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawabnya. Apa juga tugasannya, akan dilakukan dengan sepenuh hati. Pelajar yang cemerlang akan melakukan dengan penuh tanggungjawab dan iltizam apa juga perkara yang harus dilaksanakan ke arah dan untuk mencapai hasil yang terbaik.

Elok
Pelajar yang cemerlang baik dari segi penampilan diri, tuturkata dan perbuatan. Ia mempunyai perwatakan yang ceria, yakin dan senang didampingi. Ianya juga menjauhi diri daripada perbuatan maksiat. Ianya sedar bahawa mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Tuhan.

Pelajar yang cemerlang menjadi contoh kepada pelajar yang lain, baik dari segi gerak-gerinya, fikiran dan percakapannya serta tindakan-tindakannya. Keelokan peribadinya disanjung baik oleh orang lain termasuk guru-guru, ibu-bapa serta keluarganya.

Faham
Pelajar yang cemerlang lebih banyak mendengar daripada bercakap. Sikapnya yang demikian, menyebabkan ia lebih banyak berfikir, menganalisa dan mengetahui sesuatu isu sebelum ianya memberi maklumbalas. Ingatannya juga kuat kerana ia mempunyai kualiti yang ingin benar-benar memahami apa yang didengar, dibaca, dilihat atau yang dipelajarinya.

Gigih
Pelajar yang cemerlang sentiasa melakukan kerjanya dengan penuh minat dan tekun. Ia seronok belajar setiap mata pelajaran. Ianya juga pandai dan mudah menyesuaikan diri dengan semua guru yang mengajarnya.

Hasrat
Pelajar yang cemerlang sentiasa menyimpan pada hati kecilnya suatu hasrat untuk menjadi manusia yang sangat berguna dan berjaya. Hasratnya untuk mencapai cita-cita atau impiannya itu memberikan suntikan motivasi kepadanya berusaha lebih bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam kehidupannya.

Iman
Pelajar yang cemerlang sentiasa taat kepada perintah Allah S.W.T. dan berusaha mencapai kejayaan selaras dengan tuntutan agama iaitu mengamalkan apa yang disuruh dan menjauhkan apa sahaja yang dilarang. Ianya juga mentaati ibubapa, pemimpin-pemimpin, guru-guru, undang-undang negara serta segala peraturan dan amalan yang harus diikuti.

Sekian. Semoga kita semua sentiasa mendapat keberkatan dari Allah SWT. Insya-Allah.


Rabu, 7 Julai 2010

HARI GURU SMK G2 2010



10 June 2010 - Hari Guru SMK G2 amat meriah sekali. Pelbagai aktiviti yang dijalankan termasuk permainan bola tampar, badminton dan sukaneka. Banyak aksi aksi yang hebat ditunjukkan oleh guru. Sungguh tidak disangka, ramai di antara mereka berbakat di dalam permainan malah berlakon. Pihak warga G2 mengucapkan terima kasih kepada semua murid yang telah bersusah payah menganjurkan aktiviti-aktiviti dan juga guru-guru yang memberi kerjasama di dalam meriahkan hari ini. SELAMAT HARI GURU!

Rabu, 19 Mei 2010

PERSEMBAHAN BUNGKAU



Ahad, 16.05.2010- Kumpulan Bungkau SMK Gunsanad II telah membuat persembahan yang menarik sempena Karnival Futsal anjuran bersama RTM. Seramai 30 pelajar yang terlibat di dalam persembahan ini yang dilatih oleh Cikgu Johnny Guntabid selaku guru muzik SMK Gunsanad II. Sebelum ini, kumpulan ini telah menarik perhatian Malaysian Book Of Record semasa Pesta Kaamatan Peringkat Negeri di Keningau pada 1 May 2010. Kini, kumpulan Bungkau tengah menanti keputusan persembahan mereka untuk dimasukkan di dalam Malaysian Book of Records sebagai "The Largest Bungkau Players" di mana seramai lebih kurang 200 pelajar SMK Gunsanad II terlibat.

Selasa, 18 Mei 2010

Pertandingan Gubahan Buah-buahan



Satu pertandingan mengubah buah-buahan antara guru-guru telah diadakan pada 13 mei lalu dan dipamerkan pada 14 Mei. Ini merupakan salah satu aktiviti sempena Bulan Teknik dan Vokasional SMK Gunsanad 2. Seramai 7 orang guru berkesempatan menyertai pertandingan tersebut yang diadakan di ruang legar Bilik Guru. Beberapa gambar sempat dirakamkan pada masa itu, Pemenang akan diumumkan pada majlis penutupan Bulan Teknik dan Vokasional nanti.

BERITA BERGAMBAR KEM KEPIMPINAN

Pada 7-9 Mei yang lalu satu Kem kepimpinan yang dianjurkan oleh Unit Kaunseling SMKG2 telah diadakan khas bagi para pelajar yang terpilih dalam memegang beberapa jawatan di Sekolah terutamanya Pengawas sekolah dan ketua kelas. Para peserta Kem begitu bersemangat sekali dalam kem tersebut dan menampakkan sifat kepimpinan serta kerjasama antara ahli dalam pasukan. Syabas buat peserta!


Berbaris mendengar arahan daripada Ketua


Sabar menunggu masa makan...

Tabik hormat stail kem..:-)

Pakai name tag tu...

Belon berisi air..Amanat yg harus dijaga sepanjang kem

Khamis, 4 Februari 2010

Membentuk tabiat positif SANTAPAN MINDA Oleh DR. ISMAIL ZAIN (drismailzain@yahoo.com)

Sesungguhnya tabiat seseorang itu mempengaruhi tindakan serta prestasi diri sepanjang tahun. Sebagai seorang murid anda harus membentuk tabiat positif di awal tahun lagi agar segala tindakan anda mampu memberi kesan yang positif ke arah peningkatan prestasi dalam pembelajaran.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Begitulah pepatah melayu yang memberi maksud bahawa sesuatu kesedaran harus berlaku di peringkal awal agar mencukupi masa untuk membetulkannya. Oleh itu bagi diri murid membentuk sikap positif itu haruslah dilakukan sekarang agar ia dapat memberi ruang meningkatkan prestasi diri tanpa berasa bosan atau menggunakan faktor masa sebagai alasan. Di antara tabiat positif yang perlu dibentuk ialah seperti berikut:

• Positif terhadap kesukaran yang dihadapi: Terdapat segelintir murid yang menggunakan alasan bahawa belajar itu amat sukar untuk difahami. Memang betul dalam proses pembelajaran pelbagai kesukaran dan kesusahan akan dihadapi. Menghafal sifir, menghafal formula, mengingati fakta, mencari bahan isi karangan, melakar peta minda, menyelesai masalah matematik dan sebagainya adalah sukar. Walau bagaimanapun murid-murid harus ingat apa sahaja yang dilakukan itu sukar jika tidak dilatih dengan kaedah-kaedah tertentu. Seorang anak kecil amat sukar untuk berjalan tanpa bimbingan dan kaedah yang tertentu yang dilakukan oleh ibu bapa mereka. Oleh itu ingatlah bahawa sebarang kesukaan itu hanyalah untuk sementara waktu sahaja dan memerlukan usaha untuk mencari kaedah jalan penyelesaiannya.

• Peka terhadap masa: Masa berjalan dengan begitu pantas tanda disedari. Oleh itu rugilah bagi mereka yang tidak peka terhadap perjalanan masa. Untuk mengelakkan kita menjadi rugi maka seseorang murid harus membuat perancangan masa untuk mengatur aktiviti harian agar ia dapat dipenuhi dengan lebih bermakna. Jadual waktu belajar di rumah, jadual aktiviti kokurikulum, jadual untuk aktiviti rekreasi harus dibina, dipatuhi dan dilaksanakan dengan sepenuhnya tanpa bertangguh-tangguh. Sifat bertangguh-tangguh seperti bertangguh untuk membuat kerja rumah, bertangguh untuk belajar, bertangguh untuk bertanya adalah diantara punca kepada pembaziran masa. Akhirnya semua kerja tidak beres dan istilah kesuntukan masa dijadikan alasan kegagalan dalam melaksanakan sesuatu tugasan.

• Yakin terhadap kebolehan diri: Allah mencipta manusia untuk mencapai kejayaan. Oleh itu sejak kecil kita dilahirkan sudah difitrahkan oleh Allah iaitu kebolehan atau potensi untuk digunakan sebagai penentu kejayaan. Kebolehan dan potensi ini harus diterokai, dicungkil dan diusaha dengan penuh keyakinan untuk mendapatkan hasilnya. Keyakinan merupakan tenaga dalaman yang mampu menjana minda dan menggerak segala anggota untuk berusaha mencapai apa yang diingini. Seseorang yang tidak yakin terhadap dirinya akan sentiasa mengalah, tidak mahu mengambil bahagian secara aktif dalam sebarang aktiviti serta mudah berputus asa, selalu meyindiri kerana beranggapan dirinya hina jika dibandingkan dengan orang lain

• Berani mencuba untuk kebaikan: Ramai murid berasa malu untuk bertanya atau berasa tersinggug apabila berlakunya sesuatu kesilapan ketika belajar di mana sifat ini harus dikikis dari peringkat awal lagi. Malu bertanya sesat jalan!. Itulah gambaran yang diberikan dalam pepatah melayu yang membawa maksud seseorang yang malu untuk mendapatkan maklumat akhirnya agal menemui kegagalan.

Pembentukan tabit positif ini haruslah diberi penekanan di awal tahun lagi agar segala masalah dapat dibendung dan dapat dijadikan sebagai ikhtibar dalam menghadapi cabaran yang pastinya menguji kita dalam usaha mengapai kejayaan.


DRP:http://www.tutor.com.my