Selamat Datang Ke BLOG SMK Gunsanad II, Keningau. Hubungi kami di no tel:087336879.Fax:087339249. GURU PENJANA MODAL INSAN GEMILANG

BERILMU DAN BERADAB

VISI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUNSANAD II, AKAN MENJADI SEKOLAH CEMERLANG PADA TAHUN 2015.


1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI

1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN MUBARAK

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN MUBARAK

ISU

Powered by Stuff-a-Blog
Memaparkan catatan dengan label by paparaziG2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label by paparaziG2. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Oktober 2008

Berita-berita semasa G2

Berikut adalah beberapa peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di G2 sepanjang awal bulan Oktober. Peristiwa-peristiwa tersebut sempat Paparazi rakamkan disini untuk pengetahuan semua warga G2. Antara Peristiwa tersebut adalah Majlis Restu PMR, Majlis perpisahahan Guru LM dari UMS, meraikan guru-guru dan KTBM yang baru sahaja menimang cahaya mata yang baru, tahniah kepada Pn.Jamsiah, Cg.Johanes dan Cg.Haliman dan juga perayaan sambutan hari raya.

Khusyuk mendengar



Tahniah Pn.Jamsiah


Majlis Perpisahan Guru LM dar UMS

Antara hidangan pada masa itu

Rabu, 1 Oktober 2008

PaparaziG2 melawat warga G2 di Hari Raya...

MR.WAN RESIDENCE


MR. AHMAD'S RESIDENCE


SALAH SATU MENU PADA HARI ITU
(MDM.WAN RAHMAH)

PaparaziG2 dan crew G2 blog mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada semua warga muslim G2. Crew G2 blog sempat melawat beberapa warga G2 pada hari raya pertama...wah! sedap2 semuanya dan kami mengucapkan terima kasih kerana mereka sudi gambar mereka dirakam untuk santapan mata warga G2 yang lain...silalah lihat gambar-gambar keluarga yang sempat kami lawati pada hari ini... USTAZAH SITI NORZAHARAH


MR.AHMAD & FAMILY


MR. WAN AZLI & FAMILY

MDM.WAN RAHMAH

Selasa, 26 Ogos 2008

SELAMAT DATANG KE G2(KELAB RUKUN NEGARA)




26 OGOS 2008- Perkhemahan Kelab Rukun Negara Peringkat Negeri 2008 bermula pada hari ini. Pihak Admin G2 dan semua warga G2 ingin mengucapkan SELAMAT DATANG kepada semua tetamu G2 yang datang daripada Sekolah-Sekolah Menengah Gabungan Tawau, Sandakan, Lahad Datu, Kota Kinabalu, Beaufort dan Keningau terutamanya kepada semua guru pengiring dan juga peserta peserta Perkhemahan Kelab Rukun Negara Peringkat Negeri 2008. Kehadiran anda menyerikan lagi suasana G2.

Selasa, 12 Ogos 2008

Persediaan Bulan Merdeka



12 August 2008- "Bendera Berkibar Di Angkasa...eh...di G2". Hari ini, pelajar-pelajar G2, bersemangat menghiasi sekolah dengan bendera Malaysia, sempena Bulan Merdeka 2008 yang diketuai oleh En. Eric Dius dibantu oleh En. Hassan dan Cik Emmy Olen. Pelbagai aktiviti yang sedang berjalan dan akan dijalankan sempena bulan Merdeka ini. Di antaranya ialah pertandingan melukis poster, mendeklamasi sajak, karangan dan sebagainya. Paparazi G2 akan terus meng'update'kan berita sambutan kemerdekaan terkini. Marilah kita sama-sama menyemarakkan semangat kemerdekaan Malaysia. MERDEKA!

Selasa, 5 Ogos 2008

EXAM! EXAM! EXAM!


4 OGOS 2008 - Hmm, minggu inilah para pelajar mula berperang dengan kertas exam. Bukan itu sahaja, ada ya sampai menggaru dan mengurut kepala. Terlalu susahkah soalan yang diberi? Atau....tidak cukup persediaan kerana selalu berlepak dengan rakan-rakan, main 'skateboard' dan macam-macam lagi. Pada masa yang sama juga, kami juga mendapati ada pelajar yang sangat confident menjawab, baru mendapat soalan sudah senyum-senyum. Malah ada yang 'over-confident', tidak perlu memeriksa jawapan mereka setelah menjawab. Walau bagaimanapun, paparazi G2 menasihatkan agar para pelajar berhati-hati semasa menjawab, jangan kelam-kabut atau gelabah...hadapilah 'exam' anda dengan tenang dan kami mengharapkan semua pelajar buat yang terbaik. ALL THE BEST!

Khamis, 31 Julai 2008

Pasangan Ideal???



31 Julai 2008- Paparazi G2 telah 'ter'spot pasangan guru-guru yang padan sekali dari segi cara pemakaian mereka. 'So Smart, Pretty and Elegant'. Mereka begitu 'spotting' sekali apabila paparazi G2 meminta kebenaran untuk mengambil gambar mereka. Hmm...diharapkan pelajar-pelajar G2 juga sentiasa berpakaian kemas seperti mereka.

Majlis Perpisahan Pn Norhaidah Darih




31 Julai 2008- Hari ini Kelab Guru G2 telah mengadakan satu Majlis Perpisahan khasnya kepada Pn Norhaidah Darih yang akan berpindah Ke SMK Merpati, Sandakan. Bagi pihak warga G2, Admin Blog ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau kerana telah banyak berjasa kepada sekolah ini. Rasa rindu pun sudah bermula. Walau bagaimanapun, kami "wish you all the best" dan selamat bertugas di tempat yang baru. Kalau ada masa, jangan lupa datang jenguk-jenguk kami di sini ya.

Ahad, 22 Jun 2008

Jasa mu tetap dikenang
























Dua warga G2 akan berpindah ke sekolah baru, Cikgu Peter dan Cikgu Salmiah. Apa pun dan dimana pun, mereka tetap dikenang sebagai warga G2 selamanya. Jauh di mata namun di hati tetap dekat, semua warga G2 mengharapkan agar semua guru yang telah berpindah akan sentiasa mengingati kita di sini. Selamat maju jaya di tempat dan suasana yang baru, semoga dimurahkan rezeki kita berjumpa sekali lagi...

Khamis, 15 Mei 2008

INIKAH CONTOH YANG TERBAIK?


















Baru-baru ni Mamarazi sempat mengambil gambar sekumpulan remaja yang asyik bermain snooker di salah sebuah kedai di kawasan Keningau. Cuba lihat aksi-aksi mereka....ADAKAH INI CONTOH YANG TERBAIK?

Selasa, 6 Mei 2008

Perlawanan Persahabatan









Petang tadi jam 4.30 petang telah berlangsung satu perlawanan bolasepak persahabatan antara Kelab Staff SMKG2 dengan Kelab Staff SM KenHwa. Perlawanan tersebut telah dimenangi oleh Kelab Staff G2 dengan 3-1, tahniah diucapkan. Cikgu Victor telah menyumbangkan 1 gol sementara cikgu Cassius menambahkan satu gol lagi pada masa pertama perlawanan dan pada masa perlawanan ke 2 , cikgu Victor telah menghadiahkan G2 satu gol lagi.












Tuan Pengetua G2 juga turut bermain bersama dan ini sangat membanggakan semua warga G2. Apa yang penting bukan kemenangan tetapi semangat persahabatan dan juga kesukanan, semoga dengan perlawanan ini akan lebih dapat mengeratkan silaturahim antara SMKG2 dengan SMKH.
















MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA...

Isnin, 5 Mei 2008

G2 juara Pertandingan Puisi dan Lagu


G2 mencipta sejarah lagi setelah mendapat tempat dalam pertandingan 'Choral Speaking', kini G2 JUARA dalam pertandingan Puisi dan lagu Peringkat Gabungan Keningau. Sesuatu yang tidak dijangka namun ia menjadi kenyataan. Walau apa pun setinggi-tinggi perhargaan kepada guru-guru yang terlibat dalam melatih dan memberi dorongan kepada para peserta. Perhargaan kepada Cikgu Yamatus (guru muzik & pencipta lagu), Cikgu Noraini Kassim (Jurulatih) dan Cikgu Rosmaliza ( Pencipta Lirik/puisi), semoga ini akan terus menjadi pendorong pada warga G2 untuk terus maju..tahniah!