4 OGOS 2008 - Hmm, minggu inilah para pelajar mula berperang dengan kertas exam. Bukan itu sahaja, ada ya sampai menggaru dan mengurut kepala. Terlalu susahkah soalan yang diberi? Atau....tidak cukup persediaan kerana selalu berlepak dengan rakan-rakan, main 'skateboard' dan macam-macam lagi. Pada masa yang sama juga, kami juga mendapati ada pelajar yang sangat confident menjawab, baru mendapat soalan sudah senyum-senyum. Malah ada yang 'over-confident', tidak perlu memeriksa jawapan mereka setelah menjawab. Walau bagaimanapun, paparazi G2 menasihatkan agar para pelajar berhati-hati semasa menjawab, jangan kelam-kabut atau gelabah...hadapilah 'exam' anda dengan tenang dan kami mengharapkan semua pelajar buat yang terbaik. ALL THE BEST!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan