25.09.2008- Majlis Penutupan Bulan Ih'ya Ramadan telah diadakan pada hari ini sempena bulan puasa. Panitia Agama Islam telah menyediakan banyak program yang untuk pelajar-pelajar G2 sempena Bulan Ramadan. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang quiz, bacaan Al-Quran, 'Spell It Right' dan sebagainya. Highlight Program Bulan Ramadan ini diakhiri dengan upacara Sungkai Perdana iaitu Majlis Berbuka Puasa beramai-ramai. Turut menghadiri majlis ini ialah Pengetua G2, En. Johari @ Jaibet Sabin, Penolong Kanan Ko-Kurikulum, En. Erce Dius dan beberapa para ibubapa pelajar. Wah, meriah sekali. Warga G2 ingin mengucapkan terima kasih kepada Panitia Agama Islam terutamanya Ustz. Mohd. Khamal Md. Daud (Ketua Panitia Agama Islam), Ustazah. Siti Zaharah, Ustazah Kamliah serta guru-guru G2 yang turut membantu menjayakan program ini. TAHNIAH!
BERILMU DAN BERADAB
VISI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUNSANAD II, AKAN MENJADI SEKOLAH CEMERLANG PADA TAHUN 2015.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUNSANAD II, AKAN MENJADI SEKOLAH CEMERLANG PADA TAHUN 2015.
1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN MUBARAK
ISU
Powered by Stuff-a-Blog
Memaparkan catatan dengan label oleh tukangtangkapG2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label oleh tukangtangkapG2. Papar semua catatan
Khamis, 25 September 2008
AKHIRNYA DITANGKAP JUGA
25.08.2008- Jurukamera sememangnya tugas mereka ialah menangkap gambar. Ada gambar yang ditangkap, ada pula dirakam. Biasanya, gambar-gambar 'candid' paling diminati. Tapi kali ini, gambar mereka pula 'ditangkap'. Pelajar-pelajar dan para guru G2 amat 'spoting' sekali bila berhadapan dengan camera. Pihak admin ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Warga G2 yang spoting memberi peluang wajah-wajah mereka dimasukkan ke dalam album G2 dan blog ini. Thank you!
PECUTAN PMR
24.09.2008 - Unit Kaunseling G2 telah mengadakan program pecutan PMR khasnya untuk pelajar-pelajar tingkatan 3. Pelajar-pelajar didedahkan dengan tips persediaan akhir sebelum PMR. Agaknya, apalah perasaan mereka ya? Beberapa penceramah jemputan telah dijemput untuk memberi ceramah motivasi kepada mereka. Malah semua guru Tingkatan 3 serta guru kelas Tingkatan 3 juga mengambil kesempatan ini untuk memberi kata-kata nasihat akhir sebelum pelajar bertempur di 'Medan Peperangan PMR'. Pihak admin mengucapkan terima kasih kepada Unit Kaunseling G2 terutamanya kepada En. Juasin dan juga Puan Rosminam. Selamat Berjaya kepada semua pelajar Ting. 3!
Langgan:
Catatan (Atom)