Selamat Datang Ke BLOG SMK Gunsanad II, Keningau. Hubungi kami di no tel:087336879.Fax:087339249. GURU PENJANA MODAL INSAN GEMILANG

BERILMU DAN BERADAB

VISI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUNSANAD II, AKAN MENJADI SEKOLAH CEMERLANG PADA TAHUN 2015.


1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI

1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN MUBARAK

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN MUBARAK

ISU

Powered by Stuff-a-Blog

Ahad, 20 Disember 2009

PERUTUSAN AWAL TAHUN SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2010 oleh KPPM

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat menyambut tahun baru 2010 kepada semua warga pendidik serta murid-murid sekolah.
Guru-guru serta Murid-murid yang dikasihi sekalian,
Izinkan saya mengucapkan selamat kembali ke sekolah dan memulakan lembaran baru pada sesi persekolahan 2010. Kepada guru-guru, sambutlah anak-anak didik kita ini ke alam sesi persekolahan yang baru dengan minda yang terbuka dan dengan penuh iltizam untuk membentuk mereka menjadi insan yang cemerlang seperti yang diharapkan oleh ibu bapa mereka dan negara.
Kepada murid-murid sekalian, ingatlah, sebagai generasi pewaris negara usaha murni menuntut ilmu dan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti baik di dalam bilik darjah mahupun gerak kerja di luar bilik darjah adalah satu usaha membentuk personaliti, ketrampilan diri dan jati diri sebagai anak Malaysia. Ibu bapa, guru, masyarakat bahkan negara akan sama-sama berasa bangga apabila murid-murid berjaya dalam pelbagai bidang yang dipelajari di sekolah.
Saya menyeru kepada semua murid rebutlah peluang dan segala kemudahan yang disediakan di sekolah untuk menyiapkan diri sebagai orang yang berilmu, beramal dan menyumbang kepada kemajuan diri, masyarakat dan negara. Modal insan yang cemerlang tidak dapat dilahirkan dalam sekelip mata, bahkan ianya adalah usaha yang berterusan yang perlu dipupuk, dibimbing dan diasah bakat seperti kata pepatah, melentur buluh hendaklah dari rebungnya. Pepatah juga mengatakan, “Akar ilmu itu memangnya pahit tetapi buahnya adalah lazat”. Maka sebagai murid, anda semua yang seharusnya berusaha untuk menjadi orang yang berpelajaran kerana pencapaian dalam masa persekolahan merupakan kenangan yang paling manis untuk diimbau kelak.
Para guru dan murid-murid sekalian,
Yang muda dikasihi, yang tua dihormati adalah satu perpatah yang perlu dipegang oleh semua guru dan murid-murid. Guru selaku suri teladan perlulah menunjukkan kasih kepada anak-anak murid mereka. Guru sabagai satu personalia seharusnya dapat menggunakan kebijaksanaan untuk menyentuh jiwa dan perasaan semua murid semasa berkomunikasi dua hala supaya ianya ibarat kata-kata yang terpahat di batu, kekal dalam ingatan, dan tidak hanya menjadi tulisan di atas pasir, yang hilang apabila di tiup angin.
Dalam alaf nano teknologi ini, semua pendidik perlu menyiapkan diri untuk mengemaskinikan semua fakta dan ilmu yang hendak disampaikan dalam mata pelajaran masing-masing. Gunakanlah kemudahan teknologi komunikasi maklumat untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang di sampaikan satu peristiwa yang sangat menyeronokkan kepada semua murid, bahkan para guru juga turut memperoleh pengalaman dan pengetahuan semasa berinteraksi dengan murid-murid.
Sebagai pendidik, semua guru harus menjiwai profesion ini kerana ianya merupakan satu profesion amat mencabar. Kalau seorang tukang jahit salah menjahit baju, hanya sehelai baju yang rosak tetapi jika seorang pendidik salah memberi didikan, kesannya adalah kepada satu generasi pewaris negara. seperti yang diungkapkan oleh Allahyarham Dato' Usman bin Awang (1979), "Berburu ke padang datar, Dapat rusa belang kaki, Berguru kepalang ajar Ibarat bunga kembang tak jadi”
Saya ingin menyeru kepada guru untuk memberi dedikasi, komitmen, dan keprihatinan yang tinggi kepada semua anak-anak didik. Guru selaku orang yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman dapat mengenal pasti potensi dan bakat yang ada dalam setiap anak murid. Maka guru perlu menggembleng tenaga dan kepakaran untuk menggunakan maklumat ini bagi menggilap bakat dan memperkukuhkan potensi diri murid-murid untuk berjaya dalam semua bidang yang diceburi serta mengimbangi perkembangan intelek, rohani, jasmani dan emosi.
Para guru dan murid sekalian,
Dalam memastikan kualiti pendidikan dan perkhidmatan yang disampaikan kepada murid-murid, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjadikan empat perkara sebagai fokus utama dalam bidang keberhasilan utama; iaitu Perluasan Prasekolah, Literasi dan Numerasi (Linus), Sekolah Berprestasi Tinggi, dan New deals for principals. Maka semua warga pendidik perlu menyambut perubahan yang sedang berlaku ini dengan tangan terbuka dan minda yang positif (positive mind-set) bagi memastikan semua yang di rencana dapat dilaksanakan mengikut perancangan dan membuahkan hasil yang menunjukkan peningkatan dalam kualiti pendidikan di negara ini. Guru sebagai sumber ilmu perlu memantapkan diri melalui pendidikan berterusan. Penyertaan guru dalam pelbagai wacana dan forum serta kegiatan di pusat-pusat kegiatan guru adalah satu usaha yang berterusan dan perlu difokuskan untuk menambah ilmu serta pengetahuan kerana guru bukan saja sebagai penyampai ilmu bahkan orang yang bertanggungjawab untuk membentuk kaedah pemikiran positif dalam kalangan anak-anak murid. Pepatah ”jangan diberi ikan, tetapi ajarlah memancing ikan” adalah satu pepatah yang sangat hampir dengan profesion perguruan.
Para guru dan murid-murid yang saya kasihi,
YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran menyarankan sukan perlu diperkasakan. Maka bagi mencapai hasrat tersebut para guru dan murid-murid seharusnya bergiat aktif dalam pelbagai bidang sukan mahupun aktiviti kokurikulum sebagai usaha membudayakan gaya hidup sihat dan juga kecemerlangan sukan untuk negara.
Kepada murid-murid yang baru sahaja berjaya dalam peperiksaan UPSR dan PMR, saya mengucapkan tahniah dan teruskan perjuangan anda dalam usaha mencari ilmu dan pengalaman. Bagi murid-murid yang baru memasuki Tahun 1, jangan risau dan bimbang kerana seperti kakak dan abang-abang anda, sudah pasti pengalaman persekolahan akan menjadi satu yang menyeronokkan kerana anda akan memperoleh ramai kawan-kawan baru serta mendapat ilmu pengetahuan yang amat berguna sebagai persiapan menghadapi hari muka.
Harapan saya, kepada semua guru dan murid, marilah kita bersama-sama berusaha untuk memajukan diri, masyarakat dan negara dalam semangat gagasan “1Malaysia, Rakyat Didahulukan Dan Pencapaian Diutamakan”.

Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin Bin Haji Mohd Dom
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
4 Januari 2010, bersamaan 18 Muharam 1431

Selasa, 6 Oktober 2009

MAJLIS RESTU ILMU PMR 2009

Pada 5 Oktober lalu satu majlis Restu Ilmu untuk pelajar-pelajar PMR yang akan menduduki peperiksaan PMR pada 7 Oktober ini telah diadakan. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), Encik Mathius Manang. Selain daripada itu ibu bapa calon-calon PMR juga turut hadir dalam majlis tersebut. Antara Aktiviti dalam program tersebut ialah lafaz restu daripada wakil Guru, ibu bapa dan Pelajar, Penyerahan Simbol restu daripada guru-guru dan juga upacara bersalam-salaman antara pelajar, guru-guru dan ibu bapa.
LAFAZ RESTU DARI GURU

"Kami berdoa dan merestui gunakanlah segala ilmu yang telah dicurahkan umuntuk mencapai kecemerlangan. Kami ikhlas mendidikmu. kami rela melepaskanmu untuk pergi berjuang berbekalkan ilmu yng telah dicurahkan. Gunakanlah sebaik-biknya. Jawapan ada ditanganmu..buatlah yang terbaik..kerana anda adalah yang terbaik bagi kami...selamat berjuang"



Isnin, 21 September 2009

Ahad, 20 September 2009

MAJLIS PELANCARAN KELAS RANCANGAN KHAS PERINGKAT NEGERI



Kelas Rancangan Khas (KRK) telah rasminya dilancarkan pada 15 Ogos 2009 yang lalu di SMK Pekan II, Kota Belud. Majlis Pelancara tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Merangkap Exco Pendidikan Negeri Sabah. Seramai 22 orang pelajar KRK SMK Gunsanad II telah menyertai Majlis tersebut bersama dengan 4 orang guru pengiring termasuk Tuan Pengetua Encik Johari Sabin, Cikgu Michelle, Cikgu Ryo dan Cikgu Fadhilah . Adik Mohd.Shafeiq telah membuat demonstrasi Robotik semasa Majlis tersebut, syabas diucapkan.

Jumaat, 11 September 2009

Isnin, 3 Ogos 2009

Khamis, 30 Julai 2009

Bahas Ala Parlimen Bahasa Inggeris

Pertandingan bahas ala Parlimen Bahasa Inggeris sempena 'English Year 2009' telah berakhir pada 28 Julai 2009 yang lalu. Tahniah kepada kumpulan yang berjaya dan syabas kepada semua yang telah menyertai Pertandingan tersebut, syabas kerana anda berani mencuba dan menyahut cabaran misi SMKG2 iaitu Membudayakan Penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan warga G2. Johan dalam Pertandingan tersebut ialah tingkatan 5 Excellent, naib johan 4 Brilliant bagi kategori Menengah Atas, sementara Menengah bawah Johan ialah tingkatan 1 KRK dan naib Johan 2 Excellent.


STAFF G2 KE LABUAN


wah! sempat berpoco2 semasa lawatan ke SMK Taman
Perumahan Bedaun, Labuan

Seronoknya..


Antara aktiviti semasa di Labuan, bermain Bowling.

Rabu, 22 Julai 2009

Selasa, 21 Julai 2009

INTERGRATED CAMP 2009

17-19 Julai yang lalu INTERGRATED CAMP atau kem bersepadu untuk unit-unit beruniform telah berjalan dengan lancarnya. Seramai 154 pelajar SMKG2 dari pelbagai unit beruniform telah bersatu-padu dalam menjayakan kem tersebut. Syabas diucapkan kerana berjaya mengharungi apa pun cabaran semasa kem, apa pun pengalaman yang dilalui oleh anda sebenarnya akan sentiasa menjadi kenangan yang indah semasa di bangku sekolah. Dan di sini admin Blog G2 sempat mencuri melalui lensa paparazi beberapa aksi pelajar dan guru semasa kem tersebut. Ada banyak lagi gambar-gambar yang akan diuploadkan dalam blog ini nanti.

KADET POLIS BERPELUANG MENCUBA M16


GURU-GURU PUN BERPELUANG JUGA?..WAH!


Yeah! Mr.Ikhwan bergaya dengan M16

Ini stesen Biawak Busuk
Stesen Katak lompat
Tarantula Tempang





Isnin, 6 Julai 2009

PELANCARAN BULAN TEKNIK DAN VOKASIONAL


Pada pagi tadi Tuan Pengetua Encik Johari Sabin telah merasmikan majlis pelancaran Bulan Teknik dan Vokasional iaitu sepanjang bulan Julai yang dianjurkan oleh Bidang Teknik dan Vokasional . Menurut Pengarah Program Cikgu Victor Kumin objektif Bulan Teknik dan Vokasional ini adalah untuk memupuk minat pelajar terhadap mata pelajaran bidang teknik dan vokasional dan juga memupuk minat untuk terus meningkatkan pencapaian pelajar dalam bidang teknik dan vokasional.

Antara aktiviti sepanjang bulan Teknik dan Vokasional adalah:
1. Pertandingan gubahan bunga
2. Pameran
3. Pertandingan Rekacipta
4. Pertandingan Power Point
5. Pertandingan Buku skraf
6. Kuiz

Ahad, 5 Julai 2009

ULANG TAHUN SMK GUNSANAD II YANG KE 4 TAHUN, 27 JUNE 2009



SMK Gunsanad II, Keningau telah menyambut ulang tahun yang ke 4 pada 27 Jun 2009 yang lalu dan majlis sambutan tersebut telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Encik Mathius Manang. Dalam majlis tersebut juga Lencana baru, Lagu Baru dan juga Visi dan Misi baru SMK Gunsanad II telah dilancarkan dengan jayanya. Visi baru SMK Gunsanad II ialah BERILMU DAN BERADAB.

BOLASEPAK 9 SEBELAH MSKPPM KENINGAU



4 Julai 2009 (Sabtu)- SMK Gunsanad II, telah menjadi Pengelola dalam kejohanan Bola sepak 9 sebelah sempena Majlis Sukan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (MSKPPM). Dalam Pertandingan tersebut guru-guru telah menunjukkan semangat kesukanan dan juga setiakawan. Keputusan Pertandingan tersebut ialah Johan: SMK Gunsanad, Keningau, Naib Johan: SMK Keningau II, Keningau dan tempat ke 3 ialah ZON Bingkor. Upacara penutupan telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua SMK Gunsanad II, Keningau, Encik Johari Sabin.

Jumaat, 22 Mei 2009

LITERATURE

ANDA INGIN BELAJAR LEBIH TENTANG LITERATURE IN ENGLISH?

SILA KE LAMAN WEB INI

http://literature.com.my/

Isnin, 11 Mei 2009

UCAPAN TAHNIAH DARI TUAN PENGETUA


WAKIL PESERTA BAHAS ALA PARLIMEN ASAT,ADK YUNUS-NAIB JOHAN


ADK ZAINUDDIN TPT KE-3 NYANYIAN SOLO DLM ANUGERAH SEKOLAH ASRAMA TERBILANG(ASAT) PERINGKAT BAHAGIAN KENINGAU, TAHNIAH!


NAIB JOHAN KUIZ E-PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH


BEST CONDUCTOR OF CHORAL SPEAKING-JUDE JOHN


TAHNIAH..PESILAT G2

Selasa, 5 Mei 2009

G2 tempat ke 2 Pertandingan 'Choral Speaking'


BEST CONDUCTOR


SMK Gunsanad II telah berjaya meraih tempat ke 2 dalam pertandingan 'Choral Speaking' yang diadakan pada pagi tadi di SM St.Francis Xavier, Keningau. Pertandingan itu telah disertai oleh 6 buah sekolah di Daerah keningau. Antara sekolah-sekolah yang bertanding adalah SM SFX, SM Teknik Keningau, SM Ken Hwa, SMK Bingkor dan juga SMK Apin-Apin. Johan dimenangi oleh SM Ken Hwa, tempat ke 2 ialah SMK G2 , mana kala tempat ke 3 disandang oleh SM Teknik. Dalam Pertandingan tersebut SMK G2 juga meraih piala 'Best Conductor' iaitu adik Jude John, Tahniah diucapkan.