24.09.2008 - Unit Kaunseling G2 telah mengadakan program pecutan PMR khasnya untuk pelajar-pelajar tingkatan 3. Pelajar-pelajar didedahkan dengan tips persediaan akhir sebelum PMR. Agaknya, apalah perasaan mereka ya? Beberapa penceramah jemputan telah dijemput untuk memberi ceramah motivasi kepada mereka. Malah semua guru Tingkatan 3 serta guru kelas Tingkatan 3 juga mengambil kesempatan ini untuk memberi kata-kata nasihat akhir sebelum pelajar bertempur di 'Medan Peperangan PMR'. Pihak admin mengucapkan terima kasih kepada Unit Kaunseling G2 terutamanya kepada En. Juasin dan juga Puan Rosminam. Selamat Berjaya kepada semua pelajar Ting. 3!
BERILMU DAN BERADAB
VISI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUNSANAD II, AKAN MENJADI SEKOLAH CEMERLANG PADA TAHUN 2015.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUNSANAD II, AKAN MENJADI SEKOLAH CEMERLANG PADA TAHUN 2015.
1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN MUBARAK
ISU
Powered by Stuff-a-Blog
Khamis, 25 September 2008
Isnin, 22 September 2008
MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN
19 September 2008 (Jumaat), majlis penutupan bulan kemerdekaan telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal murid, Puan Rodzita Yahaya dengan jayanya. Antara lain aktiviti yang dijalankan pada masa tersebut ialah persembahan-persembahan menarik dari semua para pemenang pertandingan-pertandingan yang telah dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan yang lalu. ' 16 September merupakan hari yang harus diingati oleh kita semua di mana ia merupakan tarikh pembentukan Malaysia', inilah antara lain ucapan Puan Rodzita pada masa merasmikan penutupan majlis tersebut. Pada hari tersebut Cikgu Johanes telah menyampaikan pidato kemerdekaannya yang bertajuk 'Perpaduan Teras Kejayaan' dengan penuh bersemangat dan sangat membanggakan para warga G2. Tahniah diucapakn kepada semua yang telah menjayakan program-program bulan kemerdekaan yang bermula pada 1 Ogos yang lalu, dimana Penyelaras program tersebut adalah Encik Eric Dius, Penolong Kanan Ko-kurikulum. Majlis diakhiri dengan laungan kemerdekaan sebanyak 3X oleh Encik Eric Dius.
Khamis, 18 September 2008
RUANGAN MAKLUMAT
Notebook buatan Malaysia
Selasa, 9 September 2008
Isnin, 1 September 2008
Pertandingan Kawad Sempena Kemerdekaan Ke 51
Tempat : Padang Bandaran Keningau
Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
Pegawai Kanan Kadet : Inspektor Nukili Nurasek dan Inspektor Nur Diana Abu Jalil
Pada 26 Ogos 2008, Pasukan Kadet Koreksional SMK Gunsanad 2, Keningau telah menyertai pertandingan kawad sempena kemerdekaan yang telah diadakan di Padang Bandaran Keningau. Seramai 32 orang ahli telah mengambil bahagian. Pasukan Kadet Koreksional ini diketuai oleh Sarjan Feonalisa David dan pembawa bendera adalah Koperal Mohd. Iswann Mapiasse, Koperal Mohd Razmee Raam dan Kadet Mardani Yahya. Pembawa sepanduk pula ialah Koperal Meryl Sehginna Tingadon.
Terdapat 4 pasukan beruniform yang mengambil bahagian iaitu Kor Kadet Polis Gabungan Keningau, Pengakap Gabungan Keningau dan Persatuan Bulan Sabit Merah Gabungan Keningau. Secara keseluruhannya terdapat 33 kontinjen yang telah mengambil bahagian. Ini merupakan kali pertama Kadet Koreksional SMK Gunsanad 2 menyertai pertandingan kawad seumpama ini. Turut hadir menyertai pertandingan dan memberi sokongan moral adalah Pegawai Penjara dari Sekolah Henry Gurney, Keningau.
Pasukan Kadet Koreksional telah berjaya menjadi Johan untuk Kategori E iaitu Kategori Pasukan Beruniform dan sekaligus meraih Johan keseluruhan pada pertandingan tersebut. Tempat kedua dimenangi oleh Pasukan Kor Kadet Polis dan tempat ketiga disandang oleh Pasukan Pengakap. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para Kadet Koreksional kerana berjaya mengharumkan lagi nama G2. Jutaan terima kasih diucapkan kepada jurulatih kawad iaitu Pegawai Penjara Jasni dan Alben di atas kerjasama yang diberikan dan tidak lupa juga kepada pihak-pihak lain yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung. Semoga kecemerlangan ini akan diteruskan pada masa akan datang. Tahniah!!
Langgan:
Catatan (Atom)
