Selamat Datang Ke BLOG SMK Gunsanad II, Keningau. Hubungi kami di no tel:087336879.Fax:087339249. GURU PENJANA MODAL INSAN GEMILANG

BERILMU DAN BERADAB

VISI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUNSANAD II, AKAN MENJADI SEKOLAH CEMERLANG PADA TAHUN 2015.


1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI

1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN MUBARAK

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN MUBARAK

ISU

Powered by Stuff-a-Blog

Khamis, 15 Mei 2008

INIKAH CONTOH YANG TERBAIK?


















Baru-baru ni Mamarazi sempat mengambil gambar sekumpulan remaja yang asyik bermain snooker di salah sebuah kedai di kawasan Keningau. Cuba lihat aksi-aksi mereka....ADAKAH INI CONTOH YANG TERBAIK?

INIKAH CONTOH TERBAIK?
































Baru-baru ni Paparazi G2 sempat mengambil gambar sekumpulan remaja yang asyik bermain snooker di kedai

Perlantikan Koperal Kadet Koreksional SMK Gunsanad 2


Tarikh : 9 Mei 2008
Masa : 3.00 ptg
Tempat : Dataran G2
Guru Penasihat : Nukili Nurasek
Nur Diana Abu Jalil
Guru Kawad : Jasni Ag. Damit
Alben

Seramai 11 orang pelajar dari Kadet Koreksional telah dicalonkan bagi menjawat jawatan Koperal bagi Pasukan Kadet Koreksional SMK Gunsanad 2. Proses perlantikan telah dijalankan oleh Pengarah Sekolah Henry Gurney, Keningau iaitu PPP Tey Hock Soon dengan dibantu oleh beberapa orang pegawai Penjara dari sekolah Henry Gurney. Pemilihan adalah berdasarkan kepada disiplin ketika berkawad dan lulus beberapa ujian kawad yang ditetapkan oleh pihak penjara.
Pelajar yang terpilih sebagai Koperal bagi Platun Lelaki ialah Mohd. Razmi, Mohd Muslihin, Zukrizul dan Mohd Iswann. Bagi Platun Perempuan pula, pelajar yang terpilih adalah Meryl Sehginna, Fenolisa, Jane Justin dan Shirlyria.

Isnin, 12 Mei 2008

BIRTHDAY BOY AND GIRL?



8 Mei 2008- Selamat hari jadi! Satu kejutan diberikan kepada 'birthday boy dan birthday girl' sekolah kita iaitu Ustz. Mohd Khamal Md. Daud dan Pn. Norhaidah Darih. HAPPY BIRTHDAY TO YOU....telah dinyanyikan bersama-sama dengan guru-guru lain semasa hari yang 'bersejarah ini'. "Wishing you good health, joy and peace."

PERTANDINGAN CHOIR PERINGKAT GABUNGAN


03 MEI 2008- Pada hari ini, kumpulan choir G2 berpeluang menyertai pertandingan choir antara sekolah sekolah menengah peringkat Gabungan. Kumpulan ini disertai oleh 35 orang pelajar choir yang telah dipimpin oleh En. Yamatus. Ini merupakan kali pertama sekolah kita menghantar pasukan koir. Kumpulan ini terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2. Diucapkan terima kasih kepada En. Yamatus yang telah melatih mereka untuk pertandingan ini serta dedikasi pasukan ini. "Keep Up Your Good Work"

Selasa, 6 Mei 2008

Perlawanan Persahabatan









Petang tadi jam 4.30 petang telah berlangsung satu perlawanan bolasepak persahabatan antara Kelab Staff SMKG2 dengan Kelab Staff SM KenHwa. Perlawanan tersebut telah dimenangi oleh Kelab Staff G2 dengan 3-1, tahniah diucapkan. Cikgu Victor telah menyumbangkan 1 gol sementara cikgu Cassius menambahkan satu gol lagi pada masa pertama perlawanan dan pada masa perlawanan ke 2 , cikgu Victor telah menghadiahkan G2 satu gol lagi.












Tuan Pengetua G2 juga turut bermain bersama dan ini sangat membanggakan semua warga G2. Apa yang penting bukan kemenangan tetapi semangat persahabatan dan juga kesukanan, semoga dengan perlawanan ini akan lebih dapat mengeratkan silaturahim antara SMKG2 dengan SMKH.
















MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA...