Selamat Datang Ke BLOG SMK Gunsanad II, Keningau. Hubungi kami di no tel:087336879.Fax:087339249. GURU PENJANA MODAL INSAN GEMILANG

BERILMU DAN BERADAB

VISI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUNSANAD II, AKAN MENJADI SEKOLAH CEMERLANG PADA TAHUN 2015.


1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI

1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN MUBARAK

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN MUBARAK

ISU

Powered by Stuff-a-Blog

Khamis, 31 Julai 2008

Pasangan Ideal???



31 Julai 2008- Paparazi G2 telah 'ter'spot pasangan guru-guru yang padan sekali dari segi cara pemakaian mereka. 'So Smart, Pretty and Elegant'. Mereka begitu 'spotting' sekali apabila paparazi G2 meminta kebenaran untuk mengambil gambar mereka. Hmm...diharapkan pelajar-pelajar G2 juga sentiasa berpakaian kemas seperti mereka.

Majlis Perpisahan Pn Norhaidah Darih




31 Julai 2008- Hari ini Kelab Guru G2 telah mengadakan satu Majlis Perpisahan khasnya kepada Pn Norhaidah Darih yang akan berpindah Ke SMK Merpati, Sandakan. Bagi pihak warga G2, Admin Blog ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau kerana telah banyak berjasa kepada sekolah ini. Rasa rindu pun sudah bermula. Walau bagaimanapun, kami "wish you all the best" dan selamat bertugas di tempat yang baru. Kalau ada masa, jangan lupa datang jenguk-jenguk kami di sini ya.

MINGGU SENI




30 Julai 2008- "G2 Art Display"....Warga G2 amat bertuah sekali dapat menyaksikan pameran seni yang dihasilkan oleh pelukis terkenal En. Jekaril Jinggom dari Kota Kinablu bersama-sama dengan pelukis-pelukis G2 yang hebat-hebat belaka. Wah, tak sangka ya, terdapat bakat-bakat terpendam. Selain dari pameran Seni, para pelajar juga berkesempatan untuk menyaksikan "lukisan 'live' " dari En. Jekaril sendiri, yang telah banyak memberi tips melukis seperti penggunaan warna, lakaran dan sebagainya. Diucapakan ribuan terima kasih kepada Panitia Seni terutamanya En. Johannes Bulot yang telah menjalankan aktiviti yang julung sekali dianjurkan di sekolah ini. Tahniah kepada semua yang terlibat!

Ahad, 27 Julai 2008

BIOLOGY CAMP




25-26 JULAI 2008- Seramai 21 pelajar bersama dengan 8 orang guru termasuk PK 1 , PK HEM dan ktbm diketuai oleh En. Tan Kong Hooi telah menyertai Perkhemahan BIO di Banjaran Crocker selama 2 hari dan 1 malam. Walaupun penat, program yang dirancang amatlah menarik. Pelajar-pelajar didedahkan dengan pelbagai fauna dan flora di sekitar kawasan Crocker. Mereka juga didedahkan dengan cara-cara mengira peratus spesis di sesuatu kawasan malah juga telah menjalani latihan praktikal. Bukan itu saja, Barbeque Night juga merupakan highlight program ini.








Bagi pihak Panitia Biology, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada PK 1 dan PK Hem kerana sudi datang dan memberi sokongan moral. Juga tidak dilupakan Pn. Atijah Sani serta krew-krewnya, Cik Hidayah dan Cik Nur Diana yang menyedia makanan yang enak sekali untuk kami. Juga tidak dilupakan En. Haliman Narion yang turut serta di dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan. TAHNIAH....En. Tan Kong Hooi kerana telah berjaya di dalam menjalankan perkhemahan ini dengan lancar!











GOTONG-ROYONG PERDANA

25 JULAI 2008- Hmm, warga G2 memang aktif dan cergas. Sejurus selepas Senam Robik Perdana, semua warga G2 turun padang dan membuat gotong-royong bersama-sama. Wah, sekolah kita terus nampak ceria sekali. Pelajar-pelajar bersemangat sekali memotong rumput, kutip sampah, hias kelas, tebang lalang, membersih surau, membersih longkang dan macam-macam lagi. Pengetua, bersama-sama dengan Penolong Kanan G2 turut membantu di dalam membersihkan kawasan sekolah. G2 HEBAT!

SENAM ROBIK PERDANA

25 JULAI 2008- "Guys...Kanan! 2..3..4, Kiri! 2...3...4". Wah, dengan penuh semangat En. Johnny bersama 'teamnya' memimpin semua warga G2 di dalam Senam Robik Perdana G2. Pegawai-pegawai pendidikan juga turut sama turun padang bersenam bersama semua warga G2. Lagu dengan rentak yang 'upbeat', amat memotivasikan semua warga G2 untuk bergoyang, bergerak, lompat dan melakukan aktiviti senam robik. Malah ada pelajar yang mengambil kesempatan untuk menari. Hehe. Diharapkan dengan adanya program ini, G2 dapat melahirkan warga yang sihat dari segi Mental, Fizikal dan Rohani. Tahniah En. Johnny Rudolf yang menyediakan 'choreograph' senam robik yang begitu menarik sekali.