26 OGOS 2008 - David Blane G2? Betulkah? Hmm, rupa-rupanya G2 mempunyai pelajar yang berbakat di dalam silap mata /'Magic". Mesti anda kenal dengannya...adik Sherman Ag. Salleh. Wah, bertuahnya pelajar-pelajar dan guru-guru G2 dapat menyaksikan pertunjukkan ini. Free pula tu. " Thanks Sherman for such a good 'street magic show'".
BERILMU DAN BERADAB
VISI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUNSANAD II, AKAN MENJADI SEKOLAH CEMERLANG PADA TAHUN 2015.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUNSANAD II, AKAN MENJADI SEKOLAH CEMERLANG PADA TAHUN 2015.
1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN MUBARAK
ISU
Powered by Stuff-a-Blog
Selasa, 26 Ogos 2008
SELAMAT DATANG KE G2(KELAB RUKUN NEGARA)
26 OGOS 2008- Perkhemahan Kelab Rukun Negara Peringkat Negeri 2008 bermula pada hari ini. Pihak Admin G2 dan semua warga G2 ingin mengucapkan SELAMAT DATANG kepada semua tetamu G2 yang datang daripada Sekolah-Sekolah Menengah Gabungan Tawau, Sandakan, Lahad Datu, Kota Kinabalu, Beaufort dan Keningau terutamanya kepada semua guru pengiring dan juga peserta peserta Perkhemahan Kelab Rukun Negara Peringkat Negeri 2008. Kehadiran anda menyerikan lagi suasana G2.
SEMANGAT KEMERDEKAAN
12 OGOS 2008- Wajah-wajah ini seperti pelumba basikal yang hendak membuat persediaan di pertandingan Perlumbaan Basikal di Sukan Olimpik di Beijing. Paparazi G2 terjumpa kumpulan remaja yang begitu bertekad untuk memupuk semangat kemerdekaan sehinggakan mereka sama-sama berkonvoi membuat 'rally' basikal bermula dari Keningau hingga Kota Kinabalu melalui Jalan Kimanis mengibarkan Jalur Gemilang. Kenalkah anda dengan mereka? Ada di antara mereka merupakan pelajar-pelajar G2, SMK Gunsanad dsb. Paparazi G2 mengucapkan terima kasih kepada kumpulan ini yang memberi kebenaran kepada kami untuk memasukkan aktiviti mereka di dalam blog ini. Paparazi juga sempat mengambil gambar tempat persinggahan Kimanis yang juga menyemarakan semangat kemerdekaan pada bulan Ogos ini.
Sabtu, 16 Ogos 2008
Beijing Olympics Opening Ceremony 2008
Kepada mereka yang tidak sempat menonton Acara Pembukaan sukan olimpik, ini merupakan beberapa persembahan yang menarik dan unik. Selamat menonton.
Rabu, 13 Ogos 2008
Selasa, 12 Ogos 2008
Persediaan Bulan Merdeka
12 August 2008- "Bendera Berkibar Di Angkasa...eh...di G2". Hari ini, pelajar-pelajar G2, bersemangat menghiasi sekolah dengan bendera Malaysia, sempena Bulan Merdeka 2008 yang diketuai oleh En. Eric Dius dibantu oleh En. Hassan dan Cik Emmy Olen. Pelbagai aktiviti yang sedang berjalan dan akan dijalankan sempena bulan Merdeka ini. Di antaranya ialah pertandingan melukis poster, mendeklamasi sajak, karangan dan sebagainya. Paparazi G2 akan terus meng'update'kan berita sambutan kemerdekaan terkini. Marilah kita sama-sama menyemarakkan semangat kemerdekaan Malaysia. MERDEKA!
Jumaat, 8 Ogos 2008
Selasa, 5 Ogos 2008
EXAM! EXAM! EXAM!
4 OGOS 2008 - Hmm, minggu inilah para pelajar mula berperang dengan kertas exam. Bukan itu sahaja, ada ya sampai menggaru dan mengurut kepala. Terlalu susahkah soalan yang diberi? Atau....tidak cukup persediaan kerana selalu berlepak dengan rakan-rakan, main 'skateboard' dan macam-macam lagi. Pada masa yang sama juga, kami juga mendapati ada pelajar yang sangat confident menjawab, baru mendapat soalan sudah senyum-senyum. Malah ada yang 'over-confident', tidak perlu memeriksa jawapan mereka setelah menjawab. Walau bagaimanapun, paparazi G2 menasihatkan agar para pelajar berhati-hati semasa menjawab, jangan kelam-kabut atau gelabah...hadapilah 'exam' anda dengan tenang dan kami mengharapkan semua pelajar buat yang terbaik. ALL THE BEST!
Langgan:
Catatan (Atom)