Selamat Datang Ke BLOG SMK Gunsanad II, Keningau. Hubungi kami di no tel:087336879.Fax:087339249. GURU PENJANA MODAL INSAN GEMILANG

BERILMU DAN BERADAB

VISI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUNSANAD II, AKAN MENJADI SEKOLAH CEMERLANG PADA TAHUN 2015.


1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI

1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN MUBARAK

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN MUBARAK

ISU

Powered by Stuff-a-Blog

Khamis, 31 Julai 2008

Pasangan Ideal???



31 Julai 2008- Paparazi G2 telah 'ter'spot pasangan guru-guru yang padan sekali dari segi cara pemakaian mereka. 'So Smart, Pretty and Elegant'. Mereka begitu 'spotting' sekali apabila paparazi G2 meminta kebenaran untuk mengambil gambar mereka. Hmm...diharapkan pelajar-pelajar G2 juga sentiasa berpakaian kemas seperti mereka.

Majlis Perpisahan Pn Norhaidah Darih




31 Julai 2008- Hari ini Kelab Guru G2 telah mengadakan satu Majlis Perpisahan khasnya kepada Pn Norhaidah Darih yang akan berpindah Ke SMK Merpati, Sandakan. Bagi pihak warga G2, Admin Blog ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau kerana telah banyak berjasa kepada sekolah ini. Rasa rindu pun sudah bermula. Walau bagaimanapun, kami "wish you all the best" dan selamat bertugas di tempat yang baru. Kalau ada masa, jangan lupa datang jenguk-jenguk kami di sini ya.

MINGGU SENI




30 Julai 2008- "G2 Art Display"....Warga G2 amat bertuah sekali dapat menyaksikan pameran seni yang dihasilkan oleh pelukis terkenal En. Jekaril Jinggom dari Kota Kinablu bersama-sama dengan pelukis-pelukis G2 yang hebat-hebat belaka. Wah, tak sangka ya, terdapat bakat-bakat terpendam. Selain dari pameran Seni, para pelajar juga berkesempatan untuk menyaksikan "lukisan 'live' " dari En. Jekaril sendiri, yang telah banyak memberi tips melukis seperti penggunaan warna, lakaran dan sebagainya. Diucapakan ribuan terima kasih kepada Panitia Seni terutamanya En. Johannes Bulot yang telah menjalankan aktiviti yang julung sekali dianjurkan di sekolah ini. Tahniah kepada semua yang terlibat!

Ahad, 27 Julai 2008

BIOLOGY CAMP




25-26 JULAI 2008- Seramai 21 pelajar bersama dengan 8 orang guru termasuk PK 1 , PK HEM dan ktbm diketuai oleh En. Tan Kong Hooi telah menyertai Perkhemahan BIO di Banjaran Crocker selama 2 hari dan 1 malam. Walaupun penat, program yang dirancang amatlah menarik. Pelajar-pelajar didedahkan dengan pelbagai fauna dan flora di sekitar kawasan Crocker. Mereka juga didedahkan dengan cara-cara mengira peratus spesis di sesuatu kawasan malah juga telah menjalani latihan praktikal. Bukan itu saja, Barbeque Night juga merupakan highlight program ini.








Bagi pihak Panitia Biology, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada PK 1 dan PK Hem kerana sudi datang dan memberi sokongan moral. Juga tidak dilupakan Pn. Atijah Sani serta krew-krewnya, Cik Hidayah dan Cik Nur Diana yang menyedia makanan yang enak sekali untuk kami. Juga tidak dilupakan En. Haliman Narion yang turut serta di dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan. TAHNIAH....En. Tan Kong Hooi kerana telah berjaya di dalam menjalankan perkhemahan ini dengan lancar!











GOTONG-ROYONG PERDANA

25 JULAI 2008- Hmm, warga G2 memang aktif dan cergas. Sejurus selepas Senam Robik Perdana, semua warga G2 turun padang dan membuat gotong-royong bersama-sama. Wah, sekolah kita terus nampak ceria sekali. Pelajar-pelajar bersemangat sekali memotong rumput, kutip sampah, hias kelas, tebang lalang, membersih surau, membersih longkang dan macam-macam lagi. Pengetua, bersama-sama dengan Penolong Kanan G2 turut membantu di dalam membersihkan kawasan sekolah. G2 HEBAT!

SENAM ROBIK PERDANA

25 JULAI 2008- "Guys...Kanan! 2..3..4, Kiri! 2...3...4". Wah, dengan penuh semangat En. Johnny bersama 'teamnya' memimpin semua warga G2 di dalam Senam Robik Perdana G2. Pegawai-pegawai pendidikan juga turut sama turun padang bersenam bersama semua warga G2. Lagu dengan rentak yang 'upbeat', amat memotivasikan semua warga G2 untuk bergoyang, bergerak, lompat dan melakukan aktiviti senam robik. Malah ada pelajar yang mengambil kesempatan untuk menari. Hehe. Diharapkan dengan adanya program ini, G2 dapat melahirkan warga yang sihat dari segi Mental, Fizikal dan Rohani. Tahniah En. Johnny Rudolf yang menyediakan 'choreograph' senam robik yang begitu menarik sekali.

Sabtu, 19 Julai 2008

KEM SMART SOLAT & PRAKTIKAL PENYEMBELIHAN

19 JULY, 2008- Pelajar pelajar telah bersedia sejak jam 7 pagi lagi. Pendaftaran bermula pada jam 7.30a.m. Aktiviti ini dibuka kepada semua pelajar muslim tingkatan 1 hingga tingkatan 4. Seramai 140 orang pelajar telah mendaftar sebagai peserta. Program ini adalah dibawah anjuran Panitia Agama Islam G2. Dua aktiviti menarik yang dijalankan ialah aktiviti "Smart Solat" dan Praktikal Penyembelihan.


(a) Smart Solat
Aktiviti ini dikendalikan oleh Ustz. Misri Hj Bohari dari Institut Perguruan Keningau (IPK). Para pelajar muslim didedahkan dengan cara-cara sembahyang secara praktikal. Pelajar-pelajar yang terlibat adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 1-3. Diucapkan terima kasih kepada Ustz Misri yang telah sudi membantu di dalam menjayakan aktiviti ini.
(b) Praktikal Penyembelihan

Aktiviti ini disertai oleh para pelajar Muslim tingkatan 4. Secara tidak langsung, aktiviti ini bermula dari acara 'tangkap ayam' dan diteruskan dengan pendedahan praktikal penyembelihan ayam cara Islam. Ustz Mohd Khamal Md. Daud telah memberi demo yang cukup jelas kepada semua pelajar. Di sinilah, kita dapat menyaksikan yang ada pelajar yang tidak pernah tangkap ayam apatah lagi sembelih ayam. Walaubagaimanapun, kepada semua yang terlibat 'Well Done"




Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua guru dan KTBM yang terlibat di dalam program ini serta 'chief cooks' yang telah menyediakan makanan yang cukup enak. Kami juga amat menghargai sokongan yang diberi daripada Penolong Kanan Kurikulum, Pn. Susan Ho dan Penolong Kanan HEM, Pn. Rodzita Yahaya dengan kehadiran mereka. TAHNIAH! kepada semua yang menjayakan program ini.

KELAS ERT G2



Pengumuman- Kelas praktikal ERT telah dibuka pada 17 July 2008 (Khamis). Pn. Zainab Ampah dan Pn. Norhaidah Darih telah bersama-sama memulakan kelas ini. Wah, semua pelajar yang terlibat nampaknya amat profesional sekali dengan pakaian seragam memasak yang lengkap dan juga makanan yang disediakan seperti restoran 5 bintang. Hmm...lain kali kalau ada kelas praktikal lagi, jangan lupa jemput kami makan sekali ya.

HARI BERSAMA WARIS

18 JULY 2008 - Ada yang hatinya berdebar-debar, ada yang sudah sedia 'happy', ada yang gementar, macam-macam perasaan para pelajar pada masa ini. Hari inilah, transkrip pelajar disampaikan kepada para pelajar G2 dengan kehadiran ibubapa masing-masing sebagai saksi. Rasanya, ada yang pulang dengan kegembiraan, kekesalan dan kesedihan. Walaubagaimana pun, anda masih mempunyai masa lagi untuk memperbaiki keputusan anda.
Pada hari yang sama juga, pelbagai kaunter dibuka untuk kemudahan para ibubapa bertanya dan mengetahui perihal anak-anak mereka di G2. Kaunter-kaunter disiplin, PIBG, pentadbiran, biasiswa, asrama dan bimbingan dan kaunseling telah dibuka di dewan. Namun demikian, kaunter-kaunter yang paling ramai 'clients' adalah Kaunter Asrama, Kaunter Biasiswa dan Kaunter disiplin. Servis yang diberikan kepada semua ibubapa amatlah baik dan teratur dengan adanya sistem nombor dan layanan mesra para guru G2.

KEMPEN ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH DAERAH KENINGAU


Sekolah kita telah digunakan sebagai pusat Kempen Anti Dadah Peringkat Sekolah-Sekolah Rendah Dan Menengah Daerah Keningau. Pelbagai aktiviti yang menarik telah disediakan bagi menarik minat para murid untuk melibatkan diri di dalam usaha menyemaikan sikap bencikan Dadah. Di antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti Nasyid, Deklamasi Sajak dan Pertandingan melukis poster.

Sabtu, 12 Julai 2008

Lawatan Kerja dari KPM

8 Julai 2008, Selasa- Satu lawatan kerja daripada Ketua Unit Bahasa, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia dari Kuala Lumpur dan juga Kota Kinabalu ke SMK Gunsanad 2. Turut hadir bersama di dalam menyambut rombongan tersebut ialah Puan Justina Idang, Ketua Unit Bahasa, Gabungan Keningau. Lawatan tersebut khas untuk melihat perkembangan Pembelajaran Bahasa Kadazan Dusun di SMKG2.
Tahniah kepada Ketua Panitia, Encik Joseph Nandu yang telah menunjukan komitment terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazan Dusun di SMKG2. Begitu juga dengan sokongan padu daripada semua guru-guru dalam menyokong usaha murni ini. The more we learn, the more we survive, inilah antara lain ucapan daripada Ketua Unit Bahasa, Cik Airne. Satu persembahan tarian rampaian daripada Persatuan Kebudayaan G2 di bawah pimpinan Cg.Johnny juga diadakan bagi mengalu-alukan kehadiran para tetamu, selain daripada itu persembahan daripada pemenang-pemenang sugandoi dan 2 buah lagu daripada adik Wendy Inggu.
Terima kasih diatas lawatan tersebut dan pada semua yang turut menjayakannya.

Ahad, 6 Julai 2008

3 in 1 Celebration


Happy 3rd anniversary G2, wah x sangka sudah 3 tahun usia SMKG2, terima kasih kepada semua yang masih setia dengan G2. Tarikh Lahir G2 sebenarnya jatuh pada 27 June, tapi dirayakan serentak dengan RIMUP kaamatan dan juga hari guru pada 4 Julai 2008. Tahniah dan setinggi pernghargaan kepada Penyelaras Mr. Johnny dan Mr. Joseph yang bertungkus lumus menyediakan segalanya, semoga Tuhan memberkatimu. Tidak lupa juga kepada semua crews yang membantu dalam menjayakan majlis ini. Jutaan terima kasih kepada Tuan pengetua dan pihak pentadbir yang sentiasa memberikan sokongan kepada setiap aktiviti yang dijalankan.

Majlis dimulakan dengan perarakan masuk VIP dan juga guru2 dan disambut dengan paluan gong. Pembukaan majlis dimulakan dengan tarian dibawah pimpinan Cg.Johnny. Antara acara-acara pada masa itu adalah persembahan daripada pemenang-pemenang Pertandingan Sugandoi, koir guru malaysia yang dipimpin oleh Cg.Johnny dan ikrar guru diketuai oleh Cg.Peter, upacara pemotongan kek ulang tahun, penyampaian hadiah daripada Ketua Pelajar Geoffery Braga, tarian tradisional, penayangan slaid dan juga koir yang diiringi oleh kumpulan Band SMKG2 yang dipimpin oleh Cg.Yamatus. Tahniah diucapkan kepada para bakat baru G2. Semoga anda semua tidak lupa untuk maju dalam akademik juga...:-)

Pertandingan Sugandoi




Selasa( 1 Julai 2008), Pertandingan akhir Sugandoi sempena RIMUP Kaamatan SMK Gunsanad 2 telah menampilkan 10 orang finalist yang berjaya menempatkan diri ke pertandingan akhir setelah saringan pertama dijalankan. Tahniah kepada pihak penganjur terutama Persatuan Kadazan Dusun SMKG2 yang bertungkus lumus menjayakan pertandingan tersebut. Pemenang sugandoi 2008 ialah adik Sharin Sapri. Lihatlah gambar-gambar yang menampilkan bakat-bakat baru SMKG2.