Selamat Datang Ke BLOG SMK Gunsanad II, Keningau. Hubungi kami di no tel:087336879.Fax:087339249. GURU PENJANA MODAL INSAN GEMILANG

BERILMU DAN BERADAB

VISI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUNSANAD II, AKAN MENJADI SEKOLAH CEMERLANG PADA TAHUN 2015.


1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI

1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN MUBARAK

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN MUBARAK

ISU

Powered by Stuff-a-Blog

Sabtu, 19 Julai 2008

KEM SMART SOLAT & PRAKTIKAL PENYEMBELIHAN

19 JULY, 2008- Pelajar pelajar telah bersedia sejak jam 7 pagi lagi. Pendaftaran bermula pada jam 7.30a.m. Aktiviti ini dibuka kepada semua pelajar muslim tingkatan 1 hingga tingkatan 4. Seramai 140 orang pelajar telah mendaftar sebagai peserta. Program ini adalah dibawah anjuran Panitia Agama Islam G2. Dua aktiviti menarik yang dijalankan ialah aktiviti "Smart Solat" dan Praktikal Penyembelihan.


(a) Smart Solat
Aktiviti ini dikendalikan oleh Ustz. Misri Hj Bohari dari Institut Perguruan Keningau (IPK). Para pelajar muslim didedahkan dengan cara-cara sembahyang secara praktikal. Pelajar-pelajar yang terlibat adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 1-3. Diucapkan terima kasih kepada Ustz Misri yang telah sudi membantu di dalam menjayakan aktiviti ini.
(b) Praktikal Penyembelihan

Aktiviti ini disertai oleh para pelajar Muslim tingkatan 4. Secara tidak langsung, aktiviti ini bermula dari acara 'tangkap ayam' dan diteruskan dengan pendedahan praktikal penyembelihan ayam cara Islam. Ustz Mohd Khamal Md. Daud telah memberi demo yang cukup jelas kepada semua pelajar. Di sinilah, kita dapat menyaksikan yang ada pelajar yang tidak pernah tangkap ayam apatah lagi sembelih ayam. Walaubagaimanapun, kepada semua yang terlibat 'Well Done"




Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua guru dan KTBM yang terlibat di dalam program ini serta 'chief cooks' yang telah menyediakan makanan yang cukup enak. Kami juga amat menghargai sokongan yang diberi daripada Penolong Kanan Kurikulum, Pn. Susan Ho dan Penolong Kanan HEM, Pn. Rodzita Yahaya dengan kehadiran mereka. TAHNIAH! kepada semua yang menjayakan program ini.

Tiada ulasan: