25 JULAI 2008- "Guys...Kanan! 2..3..4, Kiri! 2...3...4". Wah, dengan penuh semangat En. Johnny bersama 'teamnya' memimpin semua warga G2 di dalam Senam Robik Perdana G2. Pegawai-pegawai pendidikan juga turut sama turun padang bersenam bersama semua warga G2. Lagu dengan rentak yang 'upbeat', amat memotivasikan semua warga G2 untuk bergoyang, bergerak, lompat dan melakukan aktiviti senam robik. Malah ada pelajar yang mengambil kesempatan untuk menari. Hehe. Diharapkan dengan adanya program ini, G2 dapat melahirkan warga yang sihat dari segi Mental, Fizikal dan Rohani. Tahniah En. Johnny Rudolf yang menyediakan 'choreograph' senam robik yang begitu menarik sekali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan