Pemahaman KOMSAS – Prosa Tradisional
INFORMASI
Tahun
Tajuk
2002
Pertarungan Tuah dan Jebat (Tingkatan 4)
2003
Sikap Terburu-buru Membawa Padah (Tingkatan 4)
2004
Kepahlawanan Tun Beraim Bapa (Tingkatan 5)
2005
Cerita Bayan Tidak Menurut Kata Ibu Bapanya (Tingkatan 4)
2006
Kepahlawanan Tun Beraim Bapa (Tingkatan 5)
2007
Asal-usul Raja Kecil (Tingkatan 5)
CONTOH SOALAN
Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang dikemukakan dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Sungguhpun demikian kata bapanya. Tiada jua didengar oleh anak kera itu, sedia kala pergi juga ia bermain-main dengan anak saudagar itu . Adapun luka anak kera itu sudahlah sembuh, tetapi luka anak saudagar itu belum juga sembuh lagi, beberapa pun diubati oleh tabib, tiada juga baik.
Maka kata tabib kepada saudagar itu, “Adapun luka anak tuan hamba ini, jika beroleh hati anak kera itu, sembuhlah.”
Setelah anak saudagar mendengar kata tabib demikian, maka katanya, “Meski hamba mati sekalipun, bahawa sesungguhnya tiadalah hamba mahu membunuh anak kera itu.”
Setelah dilihat oleh saudagar itu luka anaknya tiada juga mahu sembuh lagi , maka saudagar itu pun berfikir di dalam hatinya, “Baiklah, apabila datang anak kera itu, kubunuh.”
Syahadan, pada suatu hari, datanglah anak kera itu hendak bermain-main dengan anak saudagar itu seperti adat sedia kala juga, maka segera ditangkap oleh saudagar dan dibunuh akan dia, diambilnya hatinya lalu diubatkan anaknya itu. Maka luka anak saudagar itu pun sembuhlah. Demikianlah ceritanya.
(Dipetik daripada Cerita Anak Bayan Tiada Menurut Kata Ibu Bapanya, dalam antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)
Apakah maksud rangkai kata beberapa pun diubati oleh tabib berdasarkan petikan di atas?
[2 markah]
(ii)
Apakah nasihat bapa kera kepada anaknya? Nyatakan akibat yang diterima oleh anak kera kerana tidak mendengar nasihat tersebut.
[2 markah]
(iii)
Nyatakan empat sebab tindakan saudagar itu tidak wajar.
[4 markah]
DI PETIK DARIPADA LAMAN WEB:
http://www.tutor.com.my
OK..SELAMAT MENJAWAB...INI MERUPAKAN SESI ORIENTASI BAGI MEREKA YANG BAKAL BERGELAR PELAJAR SPM G2..