Selamat Datang Ke BLOG SMK Gunsanad II, Keningau. Hubungi kami di no tel:087336879.Fax:087339249. GURU PENJANA MODAL INSAN GEMILANG

BERILMU DAN BERADAB

VISI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUNSANAD II, AKAN MENJADI SEKOLAH CEMERLANG PADA TAHUN 2015.


1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI

1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN MUBARAK

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN MUBARAK

ISU

Powered by Stuff-a-Blog

Jumaat, 30 Januari 2009

HARI PERTAMA ARENA JUARA

suasana hari pertama

aduii!...panasnya...

YES!..SAYA NO.1!..

ALAMAK!..

LARI!..


HAKIM BALAPAN SENTIASA BERSIAP SEDIA!


Selasa, 27 Januari 2009

MOTIVASI BERSAMA DR.ISMAIL DIN


Mewujudkan suasana seronok belajar

Pembelajaran yang berkesan ialah pembelajaran yang menyeronokkan. Apabila keseronokan dirasai, segala keletihan, kerisauan atau kebosanan terhadap pelajaran dapat diatasi.

Oleh itu setiap murid haruslah bersedia agar diri mereka berada dalam keadaan yang seronok terutamanya ketika belajar. Bagaimanakah caranya untuk mewujudkan keseronokan pada diri ketika belajar?

Kekemasan: Pakaian yang kemas, rambut yang terurus, susunan buku yang baik

Caranya: Pastikan pakaian sekolah berada dalam keadaan bersih, kasut tidak kotor, rambut lelaki digunting dengan baik, rambut perempuan diurus dengan kemas serta bertudung, buku yang dibawa ke sekolah berada dalam keadaan yang baik tidak terkoyak dan mudah diambil apabila diperlukan.

Kesihatan: Diri yang sihat tanpa penyakit, keadaan bilik darjah yang bersih.

Caranya: Pastikan murid membersih diri setiap hari. Pastikan kawasan bilik darjah dan sekolah bebas daripada wabak penyakit. Adakan senarai tugas untuk membersih kawasan bilik darjah masing-masing. Guna tandas dengan baik. Jangan makan makanan yang tercemar atau terdedah.

Tingkahlaku/budi bahasa: Cara berbual dengan guru dan rakan. Tidak melanggari peraturan sekolah. Tidak ponteng sekolah.

Caranya: Perlu menghormati guru serta patuh segala arahan terutama apabila guru memberi tugasan kepada murid. Rakan juga harus dihormati. Jangan bergurau sehinggakan menyakiti hati rakan dan berakhir dengan perkelahian. Rajin ke sekolah, jangan terpengaruh dengan remaja luar yang ponteng sekolah.

Minda sihat: Mampu menggunakan fikiran ketika belajar

Caranya: Sentiasa berfikir sewaktu belajar. Banyak berinteraksi dengan guru dan rakan. Banyak membuat latihan.

Jiwa tenang: Menumpukan sepenuh perhatian ketika belajar

Caranya: Tidak menaruh rasa benci, marah, iri hati terhadap rakan atau guru. Sentiasa bersyukur di atas keselesaan yang dirasai. Sentiasa muhasabah diri untuk mengelak rasa bongkak dan sombong.

Cara-cara yang dinyatakan mampu menjadikan bilik darjah itu sebagai “rumah kedua” untuk murid-murid. Apabila diri dan bilik darjah dalam keadaan yang selesa maka pembelajaran dapat berlaku dengan baik. Tidak ada rasa bosan di jiwa kita malah ada pula murid yang suka datang ke sekolah untuk belajar walaupun pada waktu petang atau pada hari cuti hujung minggu.

UJI KREATIVITI ANDA!

Sediakan satu poster yang mengandungi langkah-langkah mewujudkan keseronokan belajar. Anda boleh menciptanya dengan menggunakan sebarang perisian berbantukan komputer yang sesuai atau melalui lakaran tulisan tangan. Sisipkan juga gambar/lukisan/lakaran untuk dijadikan hiasan pada poster anda. Lekatkan di papan pamer kelas anda.


DARIPADA:
http://www.tutor.com.my

Jumaat, 9 Januari 2009

CROSS COUNTRY 2009


PHOTOGRAPHERS...BERSEDIA MERAKAMKAN BABAK-BABAK MENARIK


Cross Country ataupun Merentas Desa baru sahaja berlalu sebentar tadi. Tahniah kepada pasukan rumah Leopard yang menjadi juara bagi "Cross Country' tahun ini...bagi Rumah-Rumah sukan yang lain Paparazi G2 Mengucapkan tahniah juga untuk semangat kesukanan yang ditonjolkan, jangan merasa kecewa kerana anda masih mempunyai peluang dalam Arena Juara pada 30-31 Januari nanti..apa yang penting adalah semangat bekerjasama dan persaudaraan antara sesama. Paparazi sempat merakamkan beberapa gambar untuk tatapan semua.


SESI 'WARM UP'..BERSEMANGAT!

We are ready!...



SEDIA BERKHIDMAT
Prittt!....Lari Lari...



Hi..:-) best...bah! Panther menunggu Arena Juara nanti...

Sabtu, 3 Januari 2009

TAHNIAH! KEPADA CALON PMR 2008

Yeah! saya lulus!...

Wah! happynya...

Ibu yang menitiskan airmata melihat kejayaan anaknya..tahniah!


Paparazi G2 sempat merakamkan suasana semasa calon-calon PMR 2008 mengambil keputusan baru-baru ini. Tahniah dan syabas! diucapkan kepada semua calon PMR 2008 yang menunjukkan komitment yang baik dalam mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu. Sumber mengatakan keputusan PMR 2008 menunjukkan peningkatan yang baik dan mampu berdiri sama dengan sekolah-sekolah lain di Daerah Keningau ini. Syabas juga kepada semua guru-guru G2 yang sentiasa berganding bahu dan tenaga dalam merealisasikan impian pelajar. Syabas kepada adik Herda yang mencapai 8A1, adik Nurul Natrah, Nurul Afiqah dan beberapa lagi pelajar yang mencapai 7A 1B, begitu juga adik Wendy dan Liza yang mencapai 6A1 dan 1B, Tahniah! dan teruskan menjadi yang terbaik antara yang terbaik.