Pada 5 Oktober lalu satu majlis Restu Ilmu untuk pelajar-pelajar PMR yang akan menduduki peperiksaan PMR pada 7 Oktober ini telah diadakan. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), Encik Mathius Manang. Selain daripada itu ibu bapa calon-calon PMR juga turut hadir dalam majlis tersebut. Antara Aktiviti dalam program tersebut ialah lafaz restu daripada wakil Guru, ibu bapa dan Pelajar, Penyerahan Simbol restu daripada guru-guru dan juga upacara bersalam-salaman antara pelajar, guru-guru dan ibu bapa.
LAFAZ RESTU DARI GURU"Kami berdoa dan merestui gunakanlah segala ilmu yang telah dicurahkan umuntuk mencapai kecemerlangan. Kami ikhlas mendidikmu. kami rela melepaskanmu untuk pergi berjuang berbekalkan ilmu yng telah dicurahkan. Gunakanlah sebaik-biknya. Jawapan ada ditanganmu..buatlah yang terbaik..kerana anda adalah yang terbaik bagi kami...selamat berjuang"