Selamat Datang Ke BLOG SMK Gunsanad II, Keningau. Hubungi kami di no tel:087336879.Fax:087339249. GURU PENJANA MODAL INSAN GEMILANG

BERILMU DAN BERADAB

VISI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUNSANAD II, AKAN MENJADI SEKOLAH CEMERLANG PADA TAHUN 2015.


1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI

1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN MUBARAK

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN MUBARAK

ISU

Powered by Stuff-a-Blog

Selasa, 10 Ogos 2010

MOTIVASI KECEMERLANGAN PELAJAR


Kualiti-Kualiti & Jati Diri Pelajar Cemerlang Motivasi Belajar : Artikel Motivasi Pelajar Cemerlang
(A. B. C. D. E. F. G. H. I.)
Oleh Taidin SuhaiminMotivasi, Artikel Motivasi Kejayaan Diri, Artikel Motivasi Kejayaan Pelajar, Artikel Motivasi Pelajar, Ciri Ciri Pelajar Cemerlang, Kata Kata Motivasi Pelajar, Kata Kata Motivasi Untuk Pelajar, Motivasi Belajar, Motivasi Diri, Motivasi Kecemerlangan Diri, Motivasi Kejayaan, Motivasi Kejayaan Diri, Motivasi Kejayaan Pelajar, Motivasi Pelajar, Pakar Motivasi, Petua Motivasi Pelajar, Tip Motivasi Diri, Tips dan Petua Motivasi, Tips dan Petua Motivasi Diri, Tips Motivasi Belajar
Petikan Kata-Kata Motivasi Belajar:
"Kemahiran belajar disertai dengan motivasi belajar yang tinggi telah terbukti boleh meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan." - (Gall & Rakan-Rakan, Tools for Learning).
Ciri-Ciri Orang yang Positif, Ciri-Ciri Positif Pemimpin, Ciri -Ciri Pemimpin Cemerlang, Ciri-Ciri Orang Cemerlang, Jati Diri Cemerlang Orang  yang Berjaya, Sifat-Sifat Positif Orang yang Berjaya, Sifat-Sifat Positif Orang yang Cemerlang, Sifat-Sifat Positif Pekerja Cemerlang, Sikap-Sikap Cemerlang Orang Positif, Sikap-Sikap Orang Positif, Taidin Suhaimin, Perunding Motivasi
Pengenalan
Artikel ini memaparkan 9 sifat, ciri-ciri serta jati diri (keperibadian atau identiti diri) pelajar cemerlang yang diadun berdasarkan Abjad ABCDEFGHI, agar lebih mudah pelajar terapkan dalam diri dan sanubari.
Pelajar Cemerlang
Pelajar yang cemerlang bukan sahaja handal dalam akademik tetapi juga hebat akhlak serta kelakuannya. Mencapai keputusan cemerlang dalam akademik tanpa jati diri atau keperibadian cemerlang, belum cukup untuk membolehkan seseorang pelajar itu dianggap sebagai cemerlang. Kedua-dua kualiti utama tersebut mesti ada pada pelajar cemerlang.

Kualiti-kualiti pelajar cemerlang yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

Amanah
Pelajar yang cemerlang boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Ia sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri atau tidak mengambil hak orang lain. Ia sedar bahawa segala perbuatannya adalah diperhatikan oleh Allah S.W.T..

Bijak
Pelajar yang cemerlang bijak mengurus diri, menggunakan masa, serta sumber-sumber di sekelilingnya. Ia menggunakan masa hidupnya dengan sebaik-baiknya; melakukan hanya yang baik dan menjauhi perkara-perkara yang ditegah. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Ia cenderung melakukan serta mempelajari perkara-perkara yang mendatangkan faedah.

Cergas
Pelajar yang cemerlang sentiasa menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosi diri. Ianya juga menjaga pemakanan serta membuat latihan jasmani. Kebijaksanaannya dalam mengurus diri serta kecenderungan melakukan hanya aktiviti-aktiviti yang berfaedah membuatkan dirinya lebih berdisiplin, sihat, dan cergas. Ini juga menyebabkannya lebih tangkas dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang diceburinya.

Dedikasi
Pelajar yang cemerlang amat rajin, bersemangat tinggi serta komited dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawabnya. Apa juga tugasannya, akan dilakukan dengan sepenuh hati. Pelajar yang cemerlang akan melakukan dengan penuh tanggungjawab dan iltizam apa juga perkara yang harus dilaksanakan ke arah dan untuk mencapai hasil yang terbaik.

Elok
Pelajar yang cemerlang baik dari segi penampilan diri, tuturkata dan perbuatan. Ia mempunyai perwatakan yang ceria, yakin dan senang didampingi. Ianya juga menjauhi diri daripada perbuatan maksiat. Ianya sedar bahawa mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Tuhan.

Pelajar yang cemerlang menjadi contoh kepada pelajar yang lain, baik dari segi gerak-gerinya, fikiran dan percakapannya serta tindakan-tindakannya. Keelokan peribadinya disanjung baik oleh orang lain termasuk guru-guru, ibu-bapa serta keluarganya.

Faham
Pelajar yang cemerlang lebih banyak mendengar daripada bercakap. Sikapnya yang demikian, menyebabkan ia lebih banyak berfikir, menganalisa dan mengetahui sesuatu isu sebelum ianya memberi maklumbalas. Ingatannya juga kuat kerana ia mempunyai kualiti yang ingin benar-benar memahami apa yang didengar, dibaca, dilihat atau yang dipelajarinya.

Gigih
Pelajar yang cemerlang sentiasa melakukan kerjanya dengan penuh minat dan tekun. Ia seronok belajar setiap mata pelajaran. Ianya juga pandai dan mudah menyesuaikan diri dengan semua guru yang mengajarnya.

Hasrat
Pelajar yang cemerlang sentiasa menyimpan pada hati kecilnya suatu hasrat untuk menjadi manusia yang sangat berguna dan berjaya. Hasratnya untuk mencapai cita-cita atau impiannya itu memberikan suntikan motivasi kepadanya berusaha lebih bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam kehidupannya.

Iman
Pelajar yang cemerlang sentiasa taat kepada perintah Allah S.W.T. dan berusaha mencapai kejayaan selaras dengan tuntutan agama iaitu mengamalkan apa yang disuruh dan menjauhkan apa sahaja yang dilarang. Ianya juga mentaati ibubapa, pemimpin-pemimpin, guru-guru, undang-undang negara serta segala peraturan dan amalan yang harus diikuti.

Sekian. Semoga kita semua sentiasa mendapat keberkatan dari Allah SWT. Insya-Allah.