20 Februari 2008- Program Jalinan Intergrasi telah diadakan di SMK G2 dengan tujuan untuk merapatkan lagi hubungan intergrasi pelbagai kaum di kalangan para pelajar dan juga guru. Diantara aktiviti yang diadakan adalah Pertandingan Tanglung, Persembahan Tarian Pelbagai Kaum, Deklamasi Sajak dan Persembahan lagu lagu dari pelbagai kaum.
Pada malam 19 Februari 2008 (Selasa), pelajar-pelajar asrama telah bersama berganding bahu untuk membuat tanglung. Namun kebanyakan mereka bukanlah orang Cina, tetapi tanglung-tanglung yang telah dibuat menarik sekali.
'Highlight' program ini adalah tarian singa. Para guru dan pelajar sempat 'mengusik' dan 'diusik' oleh dua ekor 'singa'. Berani juga ya. Persembahan yang ditunjukan cukup 'uumph". Tahniah diucapkan kepada Pn Rodzita dengan 'krew-krewnya' yang hebat kerana telah menjayakan program dengan penuh kemeriahan. CONGRATULATIONS!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan